Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Dari mujahid, Abu-Dunya, meriwayatkan : " Ketika saya sedang mengerjakan soalat pada satu malam, secara tiba-tiba makhluk sebesar budak kecil berdiri di hadapanku, lalu aku mendesak untuk menagkapnya, kemudian makhluk itu berdiri dan berlari ke belakang dinding sehingga aku mendengarbunyi jatuhnya. setelah itu makhluk tersebut tidak datang lagi.


Mujahid kembali berkata: "Sesungguhnya mereka takut kepada manusia, sebagaimana manusia juga takut kepada mereka."

Mujahid juga berkata: Syaitan lebih takut kepada salah seorang dari kamu, kerana akan mengalahkan kamu, akan tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi

Katanya lagi  :" Setiapkali aku berdiri untuk mengerjakan solat, ada syaitan yang memperlihatkan dirinya menyerupai bentuk Ibn Abbas, lalu teringat oleh ku akan perkataaan Ibn Abbas. Kemudian setiap kali aku akan solat aku sentiasa siap untuk membawa pisau. Pada satu hari dia memperlihatkan dirinya lagi kepada ku, lalu aku menyerangnya dan mwnikamnya hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya, setelah kejadian itu aku tidaklagi pernah melihatnya".

Al-Hafiz berkata: Dalam keterangan abu ubay bin ka'ab yang diriwayatkan  oleh An-Nasa'i dijalankan: "Sesungguhnya dia mempunyai tempat yang biasanya dipakai untuk menjemur kurma dan di jaganya, kemudian dilihatnyakurma terebut berkurangan. Tiba-tiba dia melihat ada seekor binatang sebesar budak yang baru baligh.

Ia bertanya kepadanya: " Apakah engkau makhluk Jin atau manusia?" Makhluk itu menjawab "Jin" Dalam riwayat ini juga di terangkang bahawa Jin tersebut mengatakan :"Kami mendengar bahawa kamu adalah orang yang sangat suka besrdekah, Kerana itulah kami datang untuk mendapatkan bahagian dari makanan mu." Ia bertanya "Apakah yang dapat melindungi kami dari gangguan makhluk seperti kamu ?" Jin itu menjawab "Ayat kursi". Kemudian ia menyampaikan hal ini kepada Rasulullah SAW, Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Jin itu berkata benar".

Al-Hafiz juga berpendapat, Bahawa syaitan dapat merubah bentuk dan dapat dilihat. Di dalam hal ini Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya ia (Syaitan) Dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka (al-ar'raf:27)

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata: Jin dapat menyerupai bentuk manusia dan binatang, seperti ular, kalajengking, unta, sapi, kambing, kuda, burung dan keturunan Adam.

2 comments:

  1. Mantap sudah ni. cuma kena baiki dari segi perenggan supaya menarik minat orang baca dan tidak terus lari dari blog mu. Pastikan 1 ayat tidak lebih dari 20 patah perkataan supaya mesra SEO. nanti kita roger2 lagi pasal SEO

    ReplyDelete
  2. ok sifu.. tp aku mau lari dari topik mistik nnt sama mcm blog lama ku beaufort paranormal... semua cerita hantu ja

    ReplyDelete

| Designed by Colorlib