Tarbiah Buat Kamu

Riadah

Rezeki Tidak Salah Alamat
Rezeki Tidak Salah Alamat
Terdapat satu cerita yang d catatkan dlam kitab Sahih Muslim. Seorang lelaki sedang berjalaan di tengah padang pasir sedang dia berjalan tiba-tiba kedengaran satu suara bergema di celah-celah awan "Siramilah dikau wahai Hujan keatas kebun si fulan"

Lelski tersebut terkejut dan merasa takjub dengan kejadian itu lalu mengikuti pergerakan awan tersebut kerna terdorong oleh perasaan ingin tahu

Setelah beberapa ketika lelaki tersebut mendapati awan tersebut menurunkan hujan ke aats kawasan berbatu. seperti sebuah empanngan hujan tersebut memenuhi kawasan berbatu. 

Lalu dari "empangan" mula mengalir air hujan tadi membentuk sebuah alur sungai mengalir hinggalah sampai di sebuah kebun. Di tengah-tengah kebun kelihatan seorang pekebun yang sedang mencangkul untuk memastikan air-air tadi dapat sampai ke seluruh kawasan kebunnya.

Lalu lelaki tersebut menghampiri pekebun tersebut lalu bertanya " wahai hamba Allah siapa gerangan nama mu"

"Nama ku c fulan" Jawab si pekebun "mengapa gerangan tuan hamba menayakan nama saya" soal kembali pekebun kepada lelaki tersebut.

Lelaki tersebut menjawab "sesungguhnya aku telah mendengan satu suara mengarahkan awan agar menurunkan hujan untuk di curahkan ke kebun mu apakah amalan mu wahai saudaraku" tanya lelaki tersebut ingin tahu apakah amalan pekebun tadi.

"Jika benar seperti katamu maka akan ke ceritakan amalan ku" kata pekebun tadi.

"aku akan sedekahkan 1/3 daripada hasil kebun ku manakala 1/3 lagi akan aku gunakan utk diriku dan keluraga ku manakala 1/3 lagi aku laburkan kembali untk tanaman ku yang baru". kata pekebun tadi.

Janji Allah itu pasti

Inilah janji Allah untuk memberikan rezeki kepada hamba-hambanya yang soleh. Namun adakah semudah itu sedangkan kita masih selalu lihat ramai orang yg sudah berusaha sekuat tenaga tapi masih tidak berjaya.

maka mari kita kembali melihat janji Allah kerana setiap Janji Allah tu bersifat pasti. adakah kita sudah memenuhi segala syarat yang Allah tetapkan untuk meraih rezekinya.

Dalam Al quran banyak ayat yang menyebut tentang rezeki antranya dalam surah albaqarah ayat 172 yang bermaksud "Wahai orang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu menyembahNya".

Dari Ayat ini jelas menyatakan wahai orang yang beriman. Adakah kita sudah cukup beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah dengan mematuhi segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya untuk meraih rezeki yang baik-baik dari Allah seperti yang dijanjikan.

seperti dalam kisah lelaki dengan pekebun tadi. pekebun tadi membelanjakan 1/3 hasil kebunya untuk membantu orang lain.


Rezeki Tidak Salah Alamat

Dia telah sedekahkan sebahagian hartanya untuk membantu oran lain maka Allah memberikannya rezeki berupa air hujan walaupun kebunya berada di tegah padang pasir yang tandus.

Rezeki tidak pernah salah Alamat

Rezeki tidak pernah salah alamat Jika Allah telah berkenan memberikan rezeki kepada seseorang maka rezeki itu pasti sampai kepadanya seperti cerita pekebun tadi Allah memerintahkan hujan untuk turun d kebunnya tetapi hujan itu turun d kawasan berbatu.

Bukanlah menunjukkan yang hujan itu ingkar arahan Allah tetapi Allah mahu tunjuukan bahawa Allah menjaga rezeki orang-orang yang beriman seperti cerita tadi walaupun hujan turun d kawsan berbatu tetapi Allah menjaga aliran air tadi hingga sampai ke kebun lelaki tersebut. 

Begitulah jika Allah sudah berjanji Allah pasti akan menunaikannya Allah tidak akan pernah mungkir janji.
Begitulah sepatutnya kita usah kita risau tentang rezeki yang perlu kita risaukan adalah amalan kita kerana rezeki Allah telah janjikan buat hambanya yang beriman. 

Yang patut kita risaukan adalah amalan kita

2 comments:

  1. Boleh sudah ni. Cuma kena rajinkan diri lagi untuk terus menulis. Baru boleh cepat diterima adsense.

    ReplyDelete
  2. hahahhaha.. rezeki tidak pernah salah alamat kan

    ReplyDelete

| Designed by Colorlib