terdapat sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya manakala si isteri merupakan seorang wanita yang cantik. Pada satu hari mereka sedang makan tengah hari di halaman rumah mereka. datang seorang pengemis yang berpakaian kotor dan berbau busuk meminta bantuan dari suami isteri tersebut.
"Tolong tuan beri saya sedikit makanan saya dah 3 hari tidak makan" rayu si pengemis. Tiba-tiba si suami menjadi marah kerana berasa terganggu. Dia pun mengamuk lalu menghalau pengemis tersebut. Suami tadi berkata "aku penat berkerja untuk keselesaan aku dan keluarga aku bukan untuk orang-orang pemalas seperti pengemis itu." Si isteri berasa sedih sikap suaminya yang menghina pemengemis tadi dia sendiri sudah berniat untuk bersedekah tadi.
Dengan takdir Allah suami wanita tadi jatuh muflis. Semua hartanya habis lalu dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya hidup menderita. Betapa sayangnya dia pada isterinya hinggakan sanggup menceraikan isterinya bagi mengelakkan isterinya turut menderita dengannya kerana dia sudah jatuh miskin.
Beberapa tahun kemudian Si isteri tadi telah berkawin semula dengan lelaki lain. suami barunya juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pada suatu hari sedang mereka makan bersama datang seorang pengemis. Mendengar rayuan pengemis tersebut suaminya menyuruh memberikan hidangan kepada pengemis tadi sama seperti hidangan yang mereka makan.
Si isteri menangis sambil berkata pengemis itu adalah bekas suaminya dahulu. Lalu suaminya berkata "demi Allah akulah pengemis yang di halaunya dahulu".
Pengejaran:
- Hidup ini umpama putaran roda jika berada di atas mungkin esok kita akan berada d bawah.
- Sedekah itu menyuburkan rezeki Anas b. Malik meriwayatkan Rasulullah ada besabda yang bermaksud" Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekah denagn kekayaan, barang siapa mempunyai ilmu, bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunya tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"
- jangan sombong dengan harta yang kita ada kerana semua itu pinjaman dari Allah bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil balik.
- terima kasih kerana sudah membaca. Semoga bermanfaat.

Hebat sudah kau ya guru..kau masih aktif scout kaitu guru?
ReplyDeletemasih bh cuma x seaktif masa muda2 dulu
DeleteRENCANA ALLAH TIADA YG KETAHUI SEKIRANYA DI ATAS JANGAN LUPAKAN YG DI BAWAH...RODA HIDUP LAJU BERPUTAR
ReplyDeletebetul... setuju dengan pendapat kakak paridah
Delete