Walaupun sudah agak terlambat untuk saya memberikan pendapat berkaitan dengan seorang pelawak wanita yang bernama Siti Amira Natasha yang telah membuat satu persembahan yang keterlaluan. Pada awalnya Siti Amira tampil dengan memperkenalkan dirinya dengan mengatakan namanya dan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malah dia juga mengaku telah menghafal 15 juzuk Al-Quran.
Kenyataannya yang dia mengatakan telah menghafal 15 juzuk Al-Quran itulah yang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan natizen apabila perlakuannya selepas itu tidak menggambarkan keperbadian seorang ahli Al-Quran yang telah menghafal 15 juzuk. Siti Amira telah bertindak menanggalkan tudung dan pakaiannya dikhalayak ramai.
Apa yang menjadi petanyaan ialah di mana lawaknya persembahan Siti Amira pada ketika itu. Pada pendapat saya persembahan malam itu lebih kepada persembahan lucah yang melampau dari sebuah persembahan komedi. Malah pendapat ini juga turut di kongsikan oleh otai stand up comedy Harith Iskandar yang turut mempersoalkan di mana lawaknya dalam persembahan itu. Malah menurut Harith Iskandar, Siti Amira bukanlah seorang pelawak kerana tiada satupun unsur-unsur lawak sepanjang pesembahannya.
Persoalannya kenapa boleh ada persembahan sebegini. Adakan pihak penganjur tidak memantau konten yang ingin dipersembahkan atau kurangnya penguatkuasaan dari pihak berkuasa hinggakan ada orang yang berani bertindak seperti mempersendakan kesucian agama Islam. Mungkin ada yang mepertikaikan terutama geng liberal. Mereka akan katakan itu sekadar itu sekadar persembahan pentas dan seni. Dalam Islam menutup aurat adalah sesuatu yang amat di tekankan dan wajib bagi semua terutama wanita kerana agama Islam mengangkat martabat wanita. Ini tidak bermakna lekai boleh mendedahkan aurat mereka juga, jadi apa yang di lakukan oleh Siti Amira merupakan satu perbuatan yang memalukan dirinya sendiri, lebih-lebih lagi bila ia dilakukan oleh orang yang mengaku kenal Islam dan mendapat didikan agama yang baik malah telah sampai tahap boleh menghafal 15 juzuk Al-quran maka tidak wajarlah apa yang telah dilakukan oleh Siti Amira. Berdasarkan maklumat terbaru Siti Amirah dan kekasihnya telah pun ditahan untuk siasatan manakala tempat dia mengadakan persembahan telah pun diarahkan tutup buat sementara oleh pihak berkuasa tempatan untuk siasatan lanjut.
Semoga pihak berkuasa dapat mengenakan tidakan tegas agar menjadi pengajaran kepada semua orang agar tiada lagi orang lain berani mempersendakan agama. Kebebasan bersuara bukanlah satu kebebasan tanpa kawalan hinggakan kita boleh melakukan apa sahaja hingga sampai tahap mempermain-mainkan agama. Sama-samalah kita semua mengutuk tindakan Siti Amira ini dan mendesak pihak berkuasa agar dapat mengambil tindakkan tegas bagi membendung gejalah ini dari terus berulang.

No comments:
Post a Comment