Tarbiah Buat Kamu

Riadah

“Ketahuilah, sungguh di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging tersebut baik, baiklah seluruh tubuh. Jika rusak, rusaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah kalbu (jantung).” HR. al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini di sampaikan oleh salah seorang sahabat Rasulullah iaitu abu an-Nu’man ibnu basyir R.A yang pada awalnya sedang membincangkan tentang hal haram dan musytabihat iaitu perkara-perkara syubahat atau yang tidak jelah halal haramnya.




Rasulullah memberitahu kita bahawa dalam diri kita terdapat mudhghah, iaitu sepotong daging yang kecil yang boleh di kunyah walaupun saiznya yang kecil tetapi ia membawa makna yang besar dalam kehidupan manusia.

Daging ini lah yang di kenali sebagai jantung namun dalam kehidupan kita ia lebih d kenali sebagai hati. Kenapa ia jantung kerana jantung ialah satu organ yang amat penting buat manusia. Di dalam jantung lah Allah meletakkan segala pengaturan yang di inginkan oleh manusia.

Setiap benda hidup dapat membezakan apa yang maslahat untuknya ia dapat membezakan antara kebaikan dan kemudaratan Pada awalnya hati manusia dalam keadaan suci dan bersih. Ketika manusia dilahirkan hatinya adalah bersih dan putih seperti kapas.

Hati yang bersih inilah yang akan dapat menyaksikan dan dapat mengenali siapa Tuahan yang hakiki yang patut di sembah.

Tetapi boleh menjadi hitam seterusnya mati.berbeza dengan keadaan semasa di Alam Nur dimana rohnya bebas dari sebarang keterikatan denagn sebarang jisim maka penyaksian hati ini adalah penuh kepada zat Allah yang maha suci.

Berbeza apabila telah dilahirkan banyak dosa-dosa yang dilakukan yang menjadi punca hati menjadi hitam dan mati. Apabila bayi yang d lahirkan akan berkembang menjadi kanak kemudian menjadi dewasa pergaulan dan makanan yang dimakannya akan mempengaruhi perkembangan hatinya samaada semakin bercahaya atau emakin kelam.

Makanan-makanan dari sumbur yang tidak halal akan menjadikan hati semakin keras kemudian lama kelamaan akan mati. Jika kanak-kanak di besarkan dalam suasana yang baik serta mendapay didikan agama yang sempurna serta makan makanan dari sumber yang halal maka perkembangan hatinya akan semakin baik.

Begitu juga sebaliknya jika bayi yang dilahirkan di besarkan dalam suasana yang begelumang dengan dosa maka mata hatinya akan meredup lama kelamaan mata hati ini tidak lagi dapat menyaksikan zat Allah yang maha agung.

Tanda-tanda hati yang sudah mati atau hitam 

Berani meninggalkan solat

Solat merupakan tiang agama tidak mendirikan solat seolah-olah meruntuhkan agama. Solat juga merupakan hal yang pertama kali di hisab oleh Allah jika baik solatnya maka baik lah keseluruhan amalanya maka sebab itu jika inginkan anak kita berpuasa penuh d bulan ramadan maka latih lah ia dengan solat insyaAllah ibadah puasanya akan terjaga bukan dengan melatihnya untuk berpuasa.

Kita sering melihat orang yang berpuasa tetapi tidak solat tapi pernahkan kita melihat orang yang menjaga solatnya meninggalkan puasa. Orang yang menjaga solatnya akan sentiasa menjaga amalan lainnya sebab tu kita selalu melihat orang yang menjaga solatnya akan berpuasa penuh.

Merasa tenang walaupun setiap hari melakukan dosa

Tidak takut untuk melakukan dosa merupakan salah satu tanda-tanda hati sudah tidak dapat menyaksikan kebesaran dan kekuasaan Allah inilah punca hati sentiasa tenang walaupun hidup begelumang dosa.

Hati yang gelap dan mati tidak lagi takut melakukan dosa. Sedangkan orang yang beriman hatinya akan bergetar apabila mendengar nama Allah kerana hati orang yang beriman sentiasa dapat menyaksikan kebesaran dan keagungan Allah.

Jauh dari Al quran 

Al quran merupakan kalam Allah dan merupakan petujuk bagi orang yang beriman. Rasulullah pernah berpesan agar kita sebagai umatnya sentiasa berpegang pada Al quran dan hadis agar tidak tersesat.

Tiada masa memkirkan hal agama Bila hati sudah mati maka kehidupannya juga akan jauh dari agama Masa yang ada akan lebih banyak diluangkan untuk hal-hal keduniaan sedakan untk hal-hal agama sentiasa tiada masa untuk memikirkan apalagi untuk mengamalkan.

Mudah bersangka buruk 

Sepanajang hidupnya sentiasa membuat sangkaan buruk dan mencari salah orang lain dia sentiasa berpendapat dirinya sahaj ayang betul sedangkan orang lain semau tidak betul.

Sedanngkan Allah telah berfirman untu menjauhkan diri dari sangkaan buruk seperti firman Allah dalam surah al- hujurat ayat 12 yang bermaksud “wahai orang yang beriman tinggalkanlah perangai sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangankamu macari-cari salah orang lain” 

Tidak suka mendengar nasihat 

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud

“dan sesungguhnya kami isikan dalam neraka Jahanan dari kalangan manusia dan jin. Mereka memiliki hati tetapi tidak di pergunakan untuk memahmi (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak di pergunakan nya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunya telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatangbahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran” Surah al a’raf ayat 179

tidak takut mati dan azab kubur dalam surah as sajadah ayat 12 Allah telah berfirman yang bermaksud “Dan alangkah ngerinya jika sekiranya kamu melihat oarang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan (mereka berkata) “ Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kwmbalikan kami kw dunia kami akan mengerjakan amalsoleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin ( tetapi mereka sudah terlambat)”

Kerana hati yang sudah hitam semasa hidupnya maka mereka tidak takut akan kematian dan azab kubur mungkin mereka menyangka mereka akan hiduplamanya sehingga mereka lalai dalam mengerjakan amal soleh.

Ini adalah tanda-tanda hati yang teah mati tetapi apakan punca hati menjadi gelap dan  mati. Abdullah bin mas’ud ada mengatakan bahawa ada 4 perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-

1. Perut yang selalu kenyang 

Rasululullah dahulu sentias berpuasa untuk melatoh hati baginda walaupun baginda seorang rasul dan bersifat ma’sum tetapi baginda mahu menunjukkan kepada kita cara taerbaik untuk melatih hati kita

2. Bergaul dengan orang yang zalim 

Pergaulan seharian dapat mempengaruhi pembentukan karektor seseorang. Bergaul dengan orang yang baik akan menjadikan kita untu menjadi baik juga

3. melupakan dosa yang lalu

melupakan dosa lalu tanpa bertaubat juga akan mengakibatkan hati menjadi gelap. Meski pun Allah itu maha pengampun tetapi kita sebagai hambanya hendaklah bertaubat dari segala dosa-dosa kita yang lalu 

4. angan-angan yang melambung

Kita sering mendengan ungkapan matlamat menghalalkan cara mungkin inilah yang di maksudkan angan-angan yang melambung.

Manusia akan melakukan apa sahaja untuk mencapai angan-angannya tanpa memperdulikan lagi hukum Jika perkara di atas merupakan punca hati menjadi gelap maka di bawah ini merupakan 4 perkara yang menyebabkan hati bercahaya iaitu :-

1. Perut yang lapar agar selalu berwaspada
2. Bergaul degan orang yang soleh
3. Mengingati perbuatan dosa yang telah di lakukan
4. Tidak berangan-angan yang melamabung

Di sebabkan hati yang gelap ini akan menimbulkan penyakit hati seperti dengki dan macam-macam lagi yang pas tinya akan membawa kemudaratan. Tapi persoalannya bolehkah ahti yang telah mati atau galap ini d pulihkan jawapannya 

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib