Hidup ini sebenarnya mudah tidak perlu kos yang besar yang kita mahukan hanyalah keberkatan. Tanpa keberkatan maka kita akan susah menjalani kehidupan ini.
terdapat beberapa jenis keberkatan antaranya
1. Keberkatan hidup
Hidup seseorang yang mendapat keberkeberkatan akan mampu menghasilkan sesuatu yang beguna dan akan mendapat hasil yang jauh lebih baik dari orang lain sebagai contoh terdapat seorang sahabat nabi yang memeluk Islam keti sudah berumur 30 tahun dan beliau meninggal dunia pada usia 36 tahun. Maknanya beliau hanya hidup dalam islam selama 6 tahun. tetapi ketika beliau meninggal 'Arsy sampai bergoncang menyambut kedatangan rohnya sedangkan lebih ramai yang telah hidup dalam Islam dari belaiu tetapi tidak mendapat keistimewaan seperti sahabat RAsulullah itu. ini kerana beliau telah mendapat keberkatan hidup dari Allah.
2 keberkatan pada waktu
setiap manusia di berikan waktu yang sama iaitu 24jam sehari semalam tetapi terdapat orang yang mampu menggunakan masanya dengan lebih baik. sebagai contoh ada orang yang waktunya hanya disi dengan tidur tetapi masih juga hidup dengan bemalas-malasan tetapi masih juga kelihatan letih dan mengantuk ketika baru bangun tetapi ada juga orang yang hanya tidur 4jam tetapi tetap segar bertenaga dan mampu mengisi waktunya dengan baik.
3 keberkatan pada rezeki
kita sering melihat
ada orang kaya yang sentiasa mengeluh kerana tidak mampu memenuhi segala keperluan hidupnya
sedangkan ia mempunyai harta yang melimpah.
tetpi ada juga orang yang yang hanya mempunyai pendapatan yang kecil tapi mampu dan cukup untuk perbelanjaan
keluarganya. hidupnya aman dan damai
4 keberkatan ilmu
Ilmu yang berkat akanmembawa banyak perubahan kepada pemiliknya samaada
dari segi amalan dan pekertinya serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat
sekelilingnya. Untuk mendapatkan keberkatan ilmu seseorang perlu menjaga adab
berguru.
5 Keberkatan pada rumah
Rumahku syurgaku merupakan ungkapan yang selalu kita dengar. Tapi untuk
menjadikan rumah seperti syurga memerlukan keberkatanrumah yang di penuhi
keberkatan akan menjadikan penghuninya merasa sentiasa bahagia.
6. Keberkatan pada keluarga
Untuk mendapatkan keberkatan pada keluarga setiap ahli keluarga hendaklah
sedaya upaya menjalankan segala syariat Islam. Keberkatan pada keluarga akan
menjadikan keluarga tersebut menjadi keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah.
Ini merupakan antara keberkatan yang kita bolehlihat dalam kehidupan
seharian kita. Namun bagaimana untuk kita meraih keberkatan tersebut tiada
jhalan lain melainkan mendekatkan diri dan keluarga kepada Allah. Tidak di
nafikan kita sebagai manusia yang lemah amat memerlukan keberkatan untk
mejalankan kehidupan. Bagimana jika keberkatan itu hilang dalam kehidupan kita.
Jika kita tidak mahu keberkatan itu hilang maka kita harus tahu bagaimana
keberkatan itu hilang. Berikut merupakan antara cara hilangnya keberkatan dalam
hidup kita.
- tiada lagi iman dan takwa serta hilangnya rasa takut kepada Allah
2 Tiada lagi keikhlasan dalam berama
Kita sering di ingatkan supaya sentiasa menanamkan rasa keikhlasan dalam
setiap
ibadah kita tanpa keikhlasan ibadah kita akan tertolak maka peluang kita
untuk meraih
keberkatan jugasemakin sukar. Kita disarankan untuk memulakan
sebarang pekerjaan dengan
bismillah. Segala perbuatan yang tidak di mulakan
dengan bismilah akan di sertai oleh syaitan
sebarang pekerjaan yang ada kaitan
dengan syaitan akan menghilangkan keberkatan di
dalamnya.
3 makan dan minum yang haram dari sumber yang haram
Setiap makanan dan minuman yang kita makan akan tumbuh menjadi daging. Sebarang
anggota badan yang tumbuh dari hasil yang haram akan menjadi bahagian api
neraka selain itu
makanan dari sumber yang haram akan menghilangkan keberkatan
di dalamnya.
4 tidak mengingati Allah dalam setiap urusannya
Cara untuk sentiasa mengingati Allah ialah dengan melazimi zikir dengan
melupakan Allah
maka hilanglah keberkatan dalm kehidupan.
5 Tidak menghormati kepada ibu bapa atau tidak menunaikan hak-hak anak
keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah bila Allah telah redha dengan
kita maka dengan
sendirinya kita akan meraih keberkatan dalam apa saja
pekerjaan kita. Begitu juga dengan ibu
bapa hendaklah menunaikan hak-hak
anak-anaknya kerana anakadalah amanah dari Allah.
Bagi yang menuntut ilmu
hendaklah sentiada menghormati gurunya dan memenuhi adab ketika
berguru untuk
mendapatkan keberkatan ilmu.
6 memutuskan silaturrahim dan hubungan persudaraan.
Rasulullah ada menekankan pentingnya dalm hubungan silaturrahim malah
keberkatan akan hilang jika tidak bertegursapa dalam janka waktu 3 hari.ini
menunjukkan betapa pentingnya hubungan silaturrahim dalam usaha meraih
keberkatan.
7 Tidak bersedekah dan bersikap kedekut
Banyak faedah dalam besedekah yang telah kita ketahui sama ada dari Al
Quran dan hadis. Salah satunya ialah sedekah dapat menyuburkan rezeki. Selain
itu sedekah juga dapat menjeput keberkatan dalam rezeki kita. Sikap bakhil pula
adalah salah satu sikap yang di benci Allah. Jika di benci Allah maka sudah pastilah
tiada keberkatan didalamnya
8 Tidak bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal
Allah tidak suka jika seseorang hanya bersandarkan pada usaha keras dalam
setiap pekerjaan tanpa bersandar kepada Allah atau tidak bertawakkal kepada
Allah. Sebaik-baik pekerjaan hendaklah mengandungi beberapa elemen iaitu usaha
keras, doa dan tawakal atau menyerahkan hasil kepada Allah jika semua elemen
tersebut telah d jalankan ia akan mengundang keberkatan dalam setiap pekerjaan.
9 Tidak redha dengan pemberian Allah dan tidak merasa puas hati dengan Allah.
Siapa kita sebagai hamba untuk tidak merasa puas hati dengan Allah. Sebagai
hamba kita seharusnya bersyukur dan percaya bahawa apa yang Allah berikan
adalah yang terbaik untuk kita. Dengan sgala keterbatasan kita mungkin kita
akan merasa telah berusaha sekuat tenaga tetapi masih tidak memberi hasil yang
lumayan. Namun kita harus bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita biarpun
sedikit kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
10. sering melakukan dosa dan
tidak segera bertaubat dan beristigfar
Allah telah menjanjikan kehidupan yang sempit dan sulit kepada mereka yang
berdosa.oleh itu segeralah bertaubat jika melakukan dosa kerana Allah itu maha
pengampun
11
tidak mendidik Anak dengan Ilmu Agama
Anak adalah amanah Allah sedangka mendidik anak dengan ilmu agama adalah
hak anak yang perlu di tunaikan. Mensia-siakan amanah Allah akan mengakibatkan
keberkahan akan hilang
12
Membuat kerosakan di muka bumi
Manusia telah di pilih untuk menjadi khalifah d muka bumi namun jika kita
melakukan kerosakan di muka bumi ini ia akan mengundang kemurkaan Allah. Jika
Allah telah murka maka jangan harap la keberkatan akan menjadi bahagian kita.
13
tidak bersyukur dengan nikmat Allah
Allah menjanjikan akan menambah nikmatNya jika hambaNya besyukur. Inilah keberkatan
yang amat-amat di perlukan oleh semua manusia. Begitu juga sebaliknya jika
hambaNya kufur dengan nikmat maka Allah akan mencabut segala keberkatan dalam
hidupnya
14 mendoakan kecelakaan orang lain
jika kita mendoakan orang lain maka ia akan menimbulkan musibah di kemudian
hari jika Allah mengabulkan doa oarang tersebut. Allah mengabulkan doa tersebut
bukanlah untuk menganiaya atau menzalimi hambaNya tetapi semata-semata sebagai
ujian kepada Hambanya
Ya Allah lindungilah aku dan para pembaca blog ku ini dari sifat-sifat yang
tercela yang akan menjauhkan kami dari keberkatan Mu


Bha ni kalilah..kepuasan membaca sampai padih mata ehh
ReplyDeleteminta maaf eh ..nantu ku perbaiki agar x bg sakit mata lagi hehehehe
Delete