manusia tidak pernah lari dari di uji. namun begitu bagaimana sikap kita dalam mengahadapi ujian. sesetengah manusia di uji dengan kesenangan dunia makanujian ini bagi sesetengah orang akan beranggapan bahawa ujian tersebut senang sahaja tetapi bagi seseorang akan merasa amat berat. sesetengah orang akan di uji dengan kesempitan dan kesusahan sama ada kesempitan rezeki dan kesihatan yang tidak stabil.
walau bagaimana pun ujian yang kita hadapi yang paling penting bukan nya jenis ujiannya tetapi bagaimana sikap kita dalam mengahdapi ujian tersebut.sebab pada dasarnay semua ujian adalah untuk menjadikan kita lebih baik. bagaimana kita boleh mengatakan sudah beriman sedangkan kita belum di uji. Persoalanya bila kita akan diuji. ujian akan datang silih berganti selagi kita bernyawa. kadangkala ujian itu tidak terus kepada kita tetapi terhadap orang di sekeliling kita tetapi ia juga akan mendatangkan kesan terhadap kita.orang kaya di uji dengan kesenangan hidup mungkin pada pandangan orang miskin ia berpendapat bahawa alangka beruntungnya dia kerana Allah uji dengan segala kesenangan. namun adakah si miskin sedar bahawa amasalah orang kaya berbeza dengan masalah yang sering dihadapi oleh orang miskin. mungkin Allah cukupkan orang kaya dengan sgala kesenangan dunia tetapi dari segi kesihatan nya terganggu.
lagi pun ujian Allah yang berbentu kesenangan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana dia menggunakan hartanya yang dikurniakan Allah dalam membantu golongan miskin.harus di ingat juga Allah suka orang kaya yang suka bersedekah tetapi Allah lebih suka bia ada orang miskin yang suka bersedekah. Bila Allah sudah suka adakah Allah akan baiarkan dia terus dalam kesusahan. Pertolongan Allah itu akan datang tepat pada masanya.
Begitu juga dengan orang miskin yang di uji dengan kesempitan hidup. Allah sebenarnya mhu melihat sejauh mana kita mampu bersabar. kerana itu orang tua-tua sering berkata tiada yang lebih mahal dari bersabar. dan sering menasihati kita supaya bersabar kerana denagn sabar sahaja kita akan mampu menghdapi ujian Allah. janganlah putus berdoa memohon pertolongan Allah agar segala urusan kita di permudahkab dan di lapangkan rezeki. jika Allah menghendaki maka kita akan mendapat rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka. Mungkin pada pandangan biasa orang yang miskin itu tidak mempunyai apa-apa tetapi tanpa kita sedari dia lah orang yang paling kaya di sisi Allah.

No comments:
Post a Comment