Daerah Beaufort terletak kira-kira 100km dari Kota Kinabalu. penduduknya dianggarkan melebihi 75900 orang berdasarkan banci tahun 2010. Sekarang sudah tahun 2019 jadi jumlah penduduknya sudah jauh meningkat. Beaufort merupakan satu kaawasan yang subur dan kaya dengan sejarah. kalau mahu melihat kedai yang dibina pada zaman British lagi boleh lah berkunjung ke Beaufort. Banyak tinggalan sejarah yang boleh dilihat disekitar Beaufort ini mungkin disebabkan Baufort dahulunya merupakan kawasan pertempuran antara tentera Jepun dengan tentera Australia.
Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan di Beaufort selain melihat kesan sejarah ialah Bukit Bendera. Bukit Bendera merupakan satu kawasan riadah bagi para pengemar aktiviti Jungle Tracking. bagi mereka yang gemarkan cabaran dan alam semula jadi boleh mencuba bukit bendera beaufort.
Kawsan hutan yang masih terpelihara dan terdapat kawsan air terjun d kaki bukit bendendera beaufort. cuma air terjun bukit bendera beaufort tidak sebesar air terjun batu 58 beaufort.
Lagi satu laluan menuju puncak bukit bendera beaufort agak tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ada beberapa laluan yang memerlukan pendakian menggunakan tali dan agak curam.
apa bila sampai d puncak rasa penat akan hilang dengan sendirinya bila melihat kwindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. namun begitu bagi yang membawa anak kepuncak di nasihatkan agar menjaga anak masing-masing memandangkan kawasan puncak yang agak curam dan smpit serta belum ada pagar keselamatan bagi mengelakkan kejhadian yang tidak di ingini berlaku. jangan samapai kegembiraaan bertukar tragedi.

No comments:
Post a Comment