Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Hidup ini sebenarnya mudah tidak perlu kos yang besar yang kita mahukan hanyalah keberkatan. Tanpa keberkatan maka kita akan susah menjalani kehidupan ini.
terdapat beberapa jenis keberkatan antaranya
1.      Keberkatan hidup

       
 Hidup seseorang yang mendapat keberkeberkatan akan mampu menghasilkan sesuatu yang                 beguna dan akan mendapat hasil yang jauh lebih baik dari orang lain sebagai contoh terdapat               seorang sahabat nabi yang memeluk Islam keti sudah berumur 30 tahun dan beliau meninggal             dunia pada usia 36 tahun. Maknanya beliau hanya hidup dalam islam selama 6 tahun. tetapi                 ketika beliau meninggal 'Arsy sampai bergoncang menyambut kedatangan rohnya sedangkan               lebih ramai yang telah hidup dalam Islam dari belaiu tetapi tidak mendapat keistimewaan                     seperti sahabat RAsulullah itu. ini kerana beliau telah mendapat keberkatan hidup dari Allah.

2       keberkatan pada waktu
         setiap manusia di berikan waktu yang sama iaitu 24jam sehari semalam tetapi terdapat orang               yang mampu menggunakan masanya dengan lebih baik. sebagai contoh ada orang yang                       waktunya hanya disi dengan tidur tetapi masih juga hidup dengan bemalas-malasan tetapi                   masih juga kelihatan letih dan mengantuk ketika baru bangun tetapi ada juga orang yang hanya           tidur 4jam tetapi tetap segar bertenaga dan mampu mengisi waktunya dengan baik.


3       keberkatan pada rezeki
         kita sering melihat ada orang kaya yang sentiasa mengeluh kerana tidak mampu                                    memenuhi segala keperluan hidupnya sedangkan ia mempunyai harta yang melimpah. tetpi ada           juga orang yang yang hanya mempunyai pendapatan yang kecil tapi mampu dan cukup untuk             perbelanjaan keluarganya. hidupnya aman dan damai

4       keberkatan ilmu
         Ilmu yang berkat akanmembawa banyak perubahan kepada pemiliknya samaada dari segi                   amalan dan pekertinya serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat sekelilingnya. Untuk           mendapatkan keberkatan ilmu seseorang perlu menjaga adab berguru.

5       Keberkatan pada rumah              
         Rumahku syurgaku merupakan ungkapan yang selalu kita dengar. Tapi untuk menjadikan                     rumah seperti syurga memerlukan keberkatanrumah yang di penuhi keberkatan akan                             menjadikan penghuninya merasa sentiasa bahagia.

6.      Keberkatan pada keluarga
         Untuk mendapatkan keberkatan pada keluarga setiap ahli keluarga hendaklah sedaya upaya                 menjalankan segala syariat Islam. Keberkatan pada keluarga akan menjadikan keluarga tersebut           menjadi keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah.                  

Ini merupakan antara keberkatan yang kita bolehlihat dalam kehidupan seharian kita. Namun      bagaimana untuk kita meraih keberkatan tersebut tiada jhalan lain melainkan mendekatkan diri dan keluarga kepada Allah. Tidak di nafikan kita sebagai manusia yang lemah amat memerlukan keberkatan untk mejalankan kehidupan. Bagimana jika keberkatan itu hilang dalam kehidupan kita. Jika kita tidak mahu keberkatan itu hilang maka kita harus tahu bagaimana keberkatan itu hilang. Berikut merupakan antara cara hilangnya keberkatan dalam hidup kita.
  1.  tiada lagi iman dan takwa serta hilangnya rasa takut kepada Allah
          Perasaaan takut kepada Allah adalah asas iman dan takwa sedangkan iman dan takwa adalah              syarat utama untuk meraih keberkatan dalam kehidupan. Hilangnya keberkatan akan                            menjadikan hidup kita akan menjadi sukar.

2             Tiada lagi keikhlasan dalam berama
    Kita sering di ingatkan supaya sentiasa menanamkan rasa keikhlasan dalam setiap
    ibadah kita tanpa keikhlasan ibadah kita akan tertolak maka peluang kita untuk meraih
    keberkatan jugasemakin sukar. Kita disarankan untuk memulakan sebarang pekerjaan dengan
    bismillah. Segala perbuatan yang tidak di mulakan dengan bismilah akan di sertai oleh syaitan
    sebarang pekerjaan yang ada kaitan dengan syaitan akan menghilangkan keberkatan di
    dalamnya.
             
3        makan dan minum yang haram dari sumber yang haram
          Setiap makanan dan minuman yang kita makan akan tumbuh menjadi daging. Sebarang
          anggota badan yang tumbuh dari hasil yang haram akan menjadi bahagian api neraka selain itu
          makanan dari sumber yang haram akan menghilangkan keberkatan di dalamnya.

4              tidak mengingati Allah dalam setiap urusannya
    Cara untuk sentiasa mengingati Allah ialah dengan melazimi zikir dengan melupakan Allah
    maka hilanglah keberkatan dalm kehidupan.

5  Tidak menghormati kepada ibu bapa atau tidak menunaikan hak-hak anak
    keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah bila Allah telah redha dengan kita maka dengan
    sendirinya kita akan meraih keberkatan dalam apa saja pekerjaan kita. Begitu juga dengan ibu
    bapa hendaklah menunaikan hak-hak anak-anaknya kerana anakadalah amanah dari Allah.
    Bagi yang menuntut ilmu hendaklah sentiada menghormati gurunya dan memenuhi adab ketika
    berguru untuk mendapatkan keberkatan ilmu.

6       memutuskan silaturrahim dan hubungan persudaraan.
Rasulullah ada menekankan pentingnya dalm hubungan silaturrahim malah keberkatan akan hilang jika tidak bertegursapa dalam janka waktu 3 hari.ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan silaturrahim dalam usaha meraih keberkatan.

7      Tidak bersedekah dan bersikap kedekut
Banyak faedah dalam besedekah yang telah kita ketahui sama ada dari Al Quran dan hadis. Salah satunya ialah sedekah dapat menyuburkan rezeki. Selain itu sedekah juga dapat menjeput keberkatan dalam rezeki kita. Sikap bakhil pula adalah salah satu sikap yang di benci Allah. Jika di benci Allah maka sudah pastilah tiada keberkatan didalamnya

8       Tidak bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal
Allah tidak suka jika seseorang hanya bersandarkan pada usaha keras dalam setiap pekerjaan tanpa bersandar kepada Allah atau tidak bertawakkal kepada Allah. Sebaik-baik pekerjaan hendaklah mengandungi beberapa elemen iaitu usaha keras, doa dan tawakal atau menyerahkan hasil kepada Allah jika semua elemen tersebut telah d jalankan ia akan mengundang keberkatan dalam setiap pekerjaan.

9       Tidak redha dengan pemberian Allah dan tidak merasa puas hati dengan Allah.
Siapa kita sebagai hamba untuk tidak merasa puas hati dengan Allah. Sebagai hamba kita seharusnya bersyukur dan percaya bahawa apa yang Allah berikan adalah yang terbaik untuk kita. Dengan sgala keterbatasan kita mungkin kita akan merasa telah berusaha sekuat tenaga tetapi masih tidak memberi hasil yang lumayan. Namun kita harus bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita biarpun sedikit kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

10.       sering melakukan dosa dan tidak segera bertaubat dan beristigfar
Allah telah menjanjikan kehidupan yang sempit dan sulit kepada mereka yang berdosa.oleh itu segeralah bertaubat jika melakukan dosa kerana Allah itu maha pengampun

11     tidak mendidik Anak dengan Ilmu Agama
       Anak adalah amanah Allah sedangka mendidik anak dengan ilmu agama adalah hak anak         yang perlu di tunaikan. Mensia-siakan amanah Allah akan mengakibatkan keberkahan             akan hilang

12     Membuat kerosakan di muka bumi
 Manusia telah di pilih untuk menjadi khalifah d muka bumi namun jika kita melakukan   kerosakan di muka bumi ini ia akan mengundang kemurkaan Allah. Jika Allah telah murka   maka jangan harap la keberkatan akan menjadi bahagian kita.

13     tidak bersyukur dengan nikmat Allah
Allah menjanjikan akan menambah nikmatNya jika hambaNya besyukur. Inilah keberkatan yang amat-amat di perlukan oleh semua manusia. Begitu juga sebaliknya jika hambaNya kufur dengan nikmat maka Allah akan mencabut segala keberkatan dalam hidupnya

14    mendoakan kecelakaan orang lain
jika kita mendoakan orang lain maka ia akan menimbulkan musibah di kemudian hari jika Allah mengabulkan doa oarang tersebut. Allah mengabulkan doa tersebut bukanlah untuk menganiaya atau menzalimi hambaNya tetapi semata-semata sebagai ujian kepada Hambanya

Ya Allah lindungilah aku dan para pembaca blog ku ini dari sifat-sifat yang tercela yang akan menjauhkan kami dari keberkatan Mu


2 comments:

  1. Bha ni kalilah..kepuasan membaca sampai padih mata ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf eh ..nantu ku perbaiki agar x bg sakit mata lagi hehehehe

      Delete

| Designed by Colorlib