Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Terdapat seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat di sebuah perkampungan terpencil dipedalaman Jawa.Pekerjaan perempuan tua tersebut hanyalah sebagai pembuat tempe dan menjualnya setiap hari di pasar. Inilah merupakan satu-satunya sumberpendapatan perempuan tua tersebut dan tempe yang di jualnya adalah hasil buatannya sendiri.


Pada suatu hari ketika perempuan tua tersebut bersiap-siap hendak ke pasar beliau perasan yang tempenya yang di perbuat dari kacang soya masih belum jadi lagi. pada kebiasaaanya perempuan tua akan memastikan tempenya telah masak sebelum bertolak kepasar. perempuan tua itu pun memeriksa kesemua bungkusan tempenya ternyata kesemuanya tempenya belum masak lagi

Perempuan tua tersebut berasa amat sedih dan berasa risau  tempenya tidak akan laku di pasar maka tiadalah rezekinya pada hari itu. Memandangkan dia merupakan seorang yang kuat beribadah maka perempuan tua itu teringat bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja. Lalu tanpa membuang masa perempuan tua itu pun berdoa "Ya Allah aku memohon kepada Mu agar kacang soya ini menjadi tempe...amin"

Begitulah doa ringkasnya yang d panjatkan dengan sepenuh hati. Perempuan Tua sangat yakin bahawa Allah akan mengabulkan permintaannya kerana dia tahu Allah tidak akan pernah menyusahkan hamba-hambaNya. setelah berdoa dengan penuh pengharapan dia menekan-nekan bungkusan bakal tempenya lalu membuka sedikit bungkusan tempenya dengan harapan kacang soya tadi sudah bertukar menjadi tempe. tetapi dia berasa hamapa kerana keajaipan yang dia harapkan tidak berlaku kacang soyanya masih belum menjadi tempe lagi.

Namun begitu dia tidak berputus asa. dia berfikir mungkin doanya kurang jelas maka dia pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa semula "Ya Allah,aku tahu bahawa tiada yang mustahilbagi Mu. bantu lah aku supaya hari ini supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe..Amin".

Dengan penuh harap dia kembali membuka bumgkusan kacang soyanya dengan harapan keajaiban telah berlaku. Namun begitu sekali lagi perempuan tua itu hampa apabila tempenya tidak juga menjadi. Memandangkan hari semakin meninggi maka perempuan tua itu mengambil keputusan untuk pergi sahaja kepasar dia berharap Allah akan mengabulkan doanya ketika dalam perjalanan nanti.

Kerana yakin dan percaya maka sebelum dia pergi kepasar dia sekali lagi berdoa " YA Allah aku percaya Engkau akan mengabulkan doaku. sementara aku berjalan ke pasar kurniakanlah keajaipan terhadapku jadikanlah kacang soya ini menjadi tempe.. Amin." lalu perempuan itu pun pergi kepasar sepanjang perjalanan ke pasar dia tidak putus-putus berdoa dan berharap. samapai sahaja di pasar dia pun meletakkan barang-barangnya. Lalu membuka bungkusan kacang soyanya. kali ini dia betul-betul yakin bahawa doanya telah dimakbulkan oleh Allah dia amat yakin kacang soyanya sudah bertukar menjadi tempe.

Tetapi dia berasa amat kecewa kerana tempenya masih belum menjadi. Dia mula berasa kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak tidak dikabulkan. dia berasa Allah tidak adil dan tidak kasihan terhadaptnya keran menjual tempe adalah satu-satunya sumber pendapatannya. Akirnya dia hanya duduk tanpa memaerkan barang jualanya kerana beranggapan tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum masak.

Sementara itu hari smakin petang pembeli pun semakin berkurangan manakala peniaga tempe yang lain semakin habis tempe jualan mereka. namun perempuan tua itu tertunduk lesu mengenangkan dia tidak mempunya pendapatan untuk hari itu.Namun jauh di sudut hatinya dia masih menaruh harapan terakhir kepada Allah walaupun dia sedar harapan untuk jualanya di beli orang semakin tipis.Dia yakin Allah pasti menolongnya lalu dia berdoa " Ya Allah berilah penyelesaian terbaik buat masalah ku"

Tiba-tiba dia di kejutkan oleh sapaan seorang wanita

" Maaf ya mak cik saya ingin bertanya adaka sesiapa yang menjual tempe yang belum masak. dari tadi saya mencarinya tapi tiada siapa yang menjualnya." Perempuan tua tadi terkejut kerana sudah berpuluh tahun dia berniaga tempe belum pernah ada orang yang mahu membeli tempe yang belum jadi cepat-cepat dia berdoa dalam hati "Ya Allah saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagibiarlah ia tetap kacang soya. Amin"

Sebelum diamenjawab pertanyaan perempuan tadi dia membuka sedikit bungkusan tempenya kali ini dia sungguh gembira kerana tempenya masih belum masak dan masih kacang soya. Dalam hatinya dia sungguh gembira dan bersyukur kepada Allah. Wanita tadi memborong semua tempenya dengan harga yang tinggi dari biasa. Sebelum wanita itu pergi perempuan tua itu sempat bertanya kenapa mahu membeli tempe yang belum masak. Wanita itu menerangkan bahawa anaknya sedang bekerja d england dan teringin hendak makan tempe. di sbabkan tempe itu hendak di kirim ke england maka perempuan tadi mencari tempe yang belum masak sebab jika tempe yang sudah masak maka sudah semestinya apabila sampai d England tempe tadi pasi sudah rosak dan tidak sedap.

Perempuan tua tadi pun sedar bahawa Allah telah pung mengabulkan doanya dari Awal lagi.

Pengajarannyanya

  1. Kita sering memaksakan kehendak kita ketika kita berdoa sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. bayankan jika Allah menunaikan doa perempuan tua dan memeberi keajaipan maka perempuan tua tadi tidak akan dapat menjual tempe yang belum masak dengan harga yang lebih lumayan.
  2. sentiasalah berdoa kepada Allah sebagi hambanya yang lemah. Jangan sesekali berputus asa terhadap rahmat Allah.yakinlah bahawa Allah akan mengabukan doa kita sesuai dengan perancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
  3. Tiada yang mustahil bagi Allah.
  4. Kita sering mahu Allah menunaikan hak kita sedangkan kita sering melalaikan hak Allah seperti solat 5 waktu, menyegerakan soalat dan berpesan-pesan kearah kebaikan.
  5. Allah tidak akan menganiaya Hamba-hambaNya.

11 comments:

  1. Saya suka makan tempe...tapi tak reti la.buat tempe sendiri. Susah...pembuatannya sensitif

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita tau mkn ja tapi buatnya langsung x tau.. nasib baik skrg tempe sdg byk d pasaran..dap mkn sambal tempe memang terangkat la

      Delete
  2. Maha Suci Allah..

    kisah penuh inspirasi sekali...

    memang best la

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Dialah sebaik baik perancang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita merancang Allah juga merancang tp perancangan Allah lah yang berlaku

      Delete
  4. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.rezeki kita semua dah ditentukan. Maka bersangka baik pada aturanNya.

    ReplyDelete

| Designed by Colorlib