![]() |
| kentang, telur dan kopi yang mana satu diri anda? |
Pada satu hari anak perempaun tadi mengeluh kepada ayahnya bahawa dia seorang yang amat malang kerana masalah sering datang padanya. lalu si ayah menyuruh mengambil kentang telur dan kopi. anak perempuannya pun dengan rasa hairan pergi ke dapur untuk mengambil bahan-bahan tersebut.
setelah itu ayam perempuan tadi memasukkan kentang telur dan kopi kedalam bekasyang berisi air lalu memasaknya. setelah 30 minit berlalu air tadi pun mendidih kemuadian si ayah menyuruh anaknya memerhatikan 3 bahan tadi sambil berkata "apa yang kau lihat wahai anak ku"
Anak perempuanya merasah kesal kerana beranggapan ayahnya tidak membantunya dalam menyelesaikan masalahnya dia berasa ayahnya sudah tidak menyayanginya lagi lalu berkata "saya melihat kentang telur dan air kopi.
"perhatikan lebih dekat lg anak ku" kata ayahnya. Anak perempuanya masih tidak faham maksud ayahnya. Lalu ayahnya menyuruh dia memegang kentang dan telur tadi serta merasa air kopi itu. Anaknya berkata "ayah saya melihat kentang yang seudah lembut dan telur yang sudah masak serta air kopi yang pahit.
Lalu ayahnya pun menerangkan maksudnya. " Seperti juga kita kentang telur dan kopi mempunyai masalah dan masalah mereka adalah sama iaitu air panas. tetapi ketiga-tiganya memberi rekasi yang berbeza. kentang yang pada awalnya keras menjadi lembut ketika d rendam dalam air panas manakala telur pula yang pada awalnya juga keras dan rapuh tetap teguh menentang air panas tadi sehingga isinya menjadi keras dan masak dan yang paling unik sekali kopi ia mengubah masalahnya menjadi satu peluang dan benda baru adlam hidupnya air panas tadi telah menjadi air kopi yang sedap.
Kamu di mana anak ku adakah kamu kentang yang akan menjadi lemah hanya kerana masalah yang kamu hadapi atau kamu telur yang teguh melawan masalah mu dengan segala kekuatan dan ketabahan hinggakan menjadikan kamu lebih kuat atau kamu adalah kopi yang mampu mengubah masalah akmu menjadi satu peluang dalam hidupmu untuk lebih mju lagi."
Anak perempuanya menagis mendengar kata-kata ayahnya Dia berazam utuk tidak lemah lagi dan akan berusaha menjadi kopi agar dia terus maju kehadapan. Sanga ayah terseyum dan memeluk anaknya dia lega kerana anaknya akan membesar menjadi manusia yang tabah.
Pengajarannya
- Masalah bukanlah untuk melemahkan kita tetapi adalah peluang utk kita lebih maju kehadapan..
- janagn mudah mengalah seperti kentangyang pada awalnya kuat tetpi menjadi lembut bila berhadapan dengan air panas (masalah)
- Kalau boleh jangan juga menjadi telur yang terus kuat melawan hinggakan ia berubah.
- jadilah seperti kopi yang tetap hitam tidak berubah bila mengahadapi masalahnya malah dengan bijak hingga mampu mengubah masalahnya menjadi sesuatu yang baru dan peluang untuk dirinya.

bagusnya dapat seorang ayah yang mampu beri nasihat sebegini
ReplyDeleteSemoga ayah2 kita menjadi ayah yang arif dan bijaksana..,
Delete