Firman Allah dalam surah al ankabut :2 yang bermaksud "apakah manusia menyangka mereka akan di biarkan berkata kami telah beriman sedangkan mereka beluam di uji".
Melalui ayat ini jelaslah semua manusia akan di uji. Bila ujian itu akan tiba. Manusia akan sentiasa d uji sehinggala ia mati. Kenapa manusia perlu di uji. Hakikat ujian dari Allah ialah bertujuan
- memebersih kita dari segala dosa agar apabila kita di panggil menghadap Allah kita dalam keadaan bersih. ia juga boleh d artikan sebagai balsan untuk segala perbuatan dosa kita agar kita sentiasa bertaubat
- sebagai cara Allah untuk menaikkan maqam atau martabat kita
"dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, denagan ketakutan, kelapran kekurangan harta,jiwa(pengikut dan buah-buahan (biji-bijian). dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan "sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (Surah al-baqarah :155-156)
Secara amnya terdapat 2 cara Allah menguji manusia mengikut kemampuan hambanya itu. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Allah menguji hambanya bukan sahaja denagan kepayahan tetapi juga denagn harta. Orang kaya di uji dengan hartanya kerana Allah mahu melihat kemana harta itu di belanjakan manakala orang miskin di uji dengan kesempitan dan kepayahan bagi melihat sejauh mana ia mampu bersabar.
Ujian dari Allah bukanlah untuk menyusahkan hambanya tetapi untuk menjadikan hamba-hambanya semakin hampir denganNya. ini membuktikan Allah sangat sayang akan hamba-hambaNya. Jangan takut dengan ujian Allah tapi takutlah bila Allah tidak menguji.
Ingatlah Allah Datangkan ujian supaya kita kuat dan semakin hampir denganNya
Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar
Allah ambil sesuatu milik kita supaya kita redha
Semua itu pasti ada hikmah d sebaliknya kerana hakikat ujian itu adalah untuk menjadikan kita seorang yang sabar.
kadangkala kita tidak akan merasa apa yang berlaku amat merugikan kita tetapi lama kelamaan baru kita sedar akan kebaikannya. Dalam banyak-banyak bentuk ujian Allah ujian dalam bentuk akidah adalah ayng paling berat sekali. Ulama pernah berkata "syirik khafi itu umpama semut hitam yang berjalan di ats batu hitam di malam yang gelap." Ini bermaksud ia amat sukar di kesan. Kerana itu berhati-hatilah dengan syirik khafi.
Semoga kita semua sabar mengahdapi ujian dari Allah sebesar apa pun ujian itu.


selagi tak ada ujian selagi itu kita rasa hebat sangat..
ReplyDeletedengan ada ujian kita akan rasa humble dan bersyukur selalu
betul tuan setuju sangat. Ujian sepatutnya menjadikan kita lebih baikujian bukan bermakna Allah benci kita tetapi sebaliknya Allah uji kita kerana kasih dn cinta Nya terhadapat hamba-hambaNya
Delete