Sedar tak sedar tinggal beberapa hari lagi kita akan bejumpa dengn tetamu yang paling di tunggu-tunggu seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sekarang kita sudah berada di pertengahan bulan syaban. Maknanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh rahmat Ramadhan al-mubaraq.. Persoalannya sudah kah kita bersedia untuk menjalani amalan yang ada dalam bulan ramadhan..? Adakah ramadhan kita tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini.? Berikut ada beberapa persediaan yang boleh kita buat bagi memastikan ramadhan kita tahun ini adalah yang terbaik.
1. Banyakkan be
"Ada tiga doa yang tidak tertolak, doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doa orang yang di zalimin". (HR Tarmidzi)
Berdoalah agar Allah memberi kita kesihatan dan permudahkan kita dalam mejalani ibadah puasa dan segala amalan-amalan yang ada dalam bulan puasa sama ada yang sunnat atupun yang wajib. Dengn kesihatan yang baik pastinya kita akan dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna sepanjang bulan ramadhan.
Para solafus soleh sering berdoa agar dikuriniakan bulan ramadhan dan berdoa penuh harap agar segala amalan mereka di terima oleh Allah SWT. Begitu juga kita hendaknya.
Sebaik-baiknya berdoalah seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Allaahu Akbar, Allaahumma ahillahu ‘alayna bil amni wal iimaan, wassalaamati wal-Islaam, wattawfeeqi limaa tuhibbu Rabbanaa wa tardhaa, Rabbunaa wa Rabbukallaahu.
“Allah Maha Besar, Ya Allah, terbitkanlah ke atas kami bulan sabit dengan membawa keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, serta taufik untuk melakukan segala yang Engkau redha. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah.”
(HR. At-Tirmidzi & Ad-Darimi)
2. Banyakkan bersyukur
Sentiasalah bersyukur dan memuji Allah kerana telah kembali mempertemukan kita dengan bulan ramadhan. Al Imam Nawawi dalam kitab kitab Al-Azkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah SWT kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3. Bergembira dengan kehadiran ramadhan
Rasulullah memberikan khabar gembira bukan sahaja kepada para sahabat tentang kedatangan satu bulan yang didalamnya penuh dengan kerberkahan iaitu ramadhan al mubarak.
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad)
Tiada kegembiraan yang lebih besar bagi para sahabat selain dari kedatanvan bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan kebaikan serta pengampunan.
4. Buat perancangan untuk sepanjang ramadhan
Tempoh ramadhan sangat singkat sebab itu rancanglah aktiviti sepanjang ramadhan agar masa tidak terbuang sia-sia. Rebutlah peluang-peluang yang terdapat sepanjang ramadhan untuk memenuhi segala keperluan sama ada untuk dunia mahupun keperluan bekalan akhirat kita kelak. Kerana bila tiba ramadhan akan ada peluang untuk menambah pendapatan tetapi janganlah di tinggalkan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah juga.
5. Jadikan ramadhan sebagai satu madrasan melatih diri
Pasanglah azam untuk menjalani segala amal ibadah sama ada amalan wajib seperti puasa ataupun amalan sunnat seperti taraweh dengan sebaik mungkin. Jadikan ramadhan ini sebagai satu madrasah untuk melatih diri agar dapat menjadi insan yang lebih baik walau pun di luar bulan ramadhan.
Berusahalah untuk meninggalkan segala kebiasaan buruk yang sering di lakukan di luar ramadhan. Ramadhan adalah bulan taubat Firman Allah SWT dalam surah An-Nur 24:31 yang bermaksud : "dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". Bertaubat bukan sahaha boleh dibuat hanya pada bulan ramadhan malah amat dianjurkan untuk bertaubat sepanjang masa tanpa menunggu bulan ramadhan sahaja tetapi tiada salahnya untuk mengmbil peluang sempena bulan penuh rah!mat dan pengampunan ini untuk bertaubat kepada Allah agar ubt kita diterima.
6. Tambah ilmu pengetahuan mengenaii hukum-hukum agama.
Beramal perlukan ilmu kerana itu perlu unyuk kita belajar tentang amala-amalan yang ada dalam bulan ramadhan seperti hukum dan rukun puasa, taraweh dan sebagainya. Ini pentingar segala amalan kita sepanjang ramadhan tidak sia-sia. Ini di sebabkan ramai orang yang berpuasa di siang hari tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan haga sahaja dan ramai yang berjaga di malam hari hanya mendpatkan mengantuk dan keletihan. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam melaksanakan apa-apa saja amal ibadah bukan sahaja dalam bulan ramadhan tetapi segala amal ibadah yang kita akan lakukan sepanjang tahun.
Itula serba sedikit persediaan yang oerlu kita buat sebelum menjadi tetamu ramadhan tahun ini.. Semoga alam ibadah kit di terima oleh Allah SWT dan kita akan berjumpa lagi dengan ramadhan di tahun hadapan.. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
No comments:
Post a Comment