Tarbiah Buat Kamu

Riadah

 Baru-baru ini perdana mentei malaysia mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meluluskan pengeluaran khas sebanyak rm10000 untuk pencarum KWSP. Perdana mennteri berkara keputusan itu dibuat hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dalam ekonomi akibat kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Walaupun negara sedang menuju fasa endemik dimana kebanyakan sektor akan kembali dibuka dan dibenarkan beroperasi secara penuh namun rakyat masih memerlukan pengeluaran RM10000 ini melangsungkan kehidupan

atau sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat. Sebelum ini pu sudah terdapat tiga skim pengeluaran KWSP yang di perkenalkan kerajaan yang melibatkan kos sebanyak rm101b dan sebanyak 7.43 juta pencarum mendapat manfaat sejak pandemik covid 19 melanda negara. Perseolannya benarkah rakya betul-betul memerlukan pengeluaran ini untuk kelangsungan hidup atau hanya sekadar memenuhi keperluan gaya hidup.


Perkara ini menimbulkan beberap perdebatan antara golongan rakyat yang betul-betul memerlukan dengan golongan-golongan yang mempunyai kemampuan kewangan. Menurut penganalisis ekonomi putra business school universiti putra malaysia prof dr Razman Abdul Latif berkat bahawa semua indikator ekonomi negara semakin meningkat pada suku tahun ke 4 tahun lepas tapi masih terdapat individu yang terkesan dan tidak dapat menampung kelangsung hidup yang berpunca dari berapa faktor seperti bencana alam seperti banjir dan juga isu kenaikan harga barang yang menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup simpanan bagi menampung kehidupan. Jadi inisiatif ini sebagai salah satu cara kerajaan membantu rakyat yang masih terkesan.


Siapa sebenarnya yang betul-betul perlu dengan pengeluran ini. Ramai sebenarnya rakyt yang amat memerlukan lebih-lebih lagi bagi medepani zaman yang sukar ini. Bukan siapa yang lebih memerlukan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana duit itu dibelanjakan. Teringat ketika zaman belajar dulu bila duit PTPTN keluar ramai rakan-rakan pelajar guna duit PTPTN tu buat beli handphone baru ataupun motorsikal baru agar nampak lebih bergaya. Namun saya yakin rakyat sekaran sudah lebih bijak lebih-lebih lagi jika melibatkan masa depan.


Data menunjukkan lebih separuh pencarum tidak mempunyai simpanan lebih dari 10000 untuk itu golongan yang memerlukan pengeluaran ini ialah mereka yang mempunya jumlah simpanan melebihi 10000 dan mereka yang tidak layak untuk mendapatkan bantuan kerajaan yg lain. Sebab jika jumlah caruman yg kurang 10000 mungkin jumlah pengeluaran akan lebih sedikit. Namun begitu terpulang pada rakyat kerana duit KWSP tu duit sendiri hasil titik peluh kita jadi terpulanglah bagaimana cara untuk kita menggunakannya.


Namun begitu satu pertimbangan perlu dibuat sebelum keputusan mengeluarkan wang KWSP RM10000 diambil. Tujuan pegeluaran sama ada ia digunakan untuk menampung kos bulanan maka ini bukan penyelasaian yg baik jika mana kerajaan melulusan pengeluaran secara one off. Ini kerana bagi sesetengah orang RM10000 bukanlah satu jumlah yang sangt banyak untuk itu cara wang itu di belanjakan perlu diambil kira jugg agar tidak berlaku pembaziran. 


Kesimpulannya rakyat memang memerlukan pengeluaran khas ini namun rakyat juga perlu membuat pertimbangan yang betul-betul matang sblm membuat pengeluaran.. Jika tidak betul-betuk mendesak sebaiknya tidak perlulah membuat pengeluaran demi masa depan kita juga atau buat pengeluaran saja kemudian buatlah pelaburan yang lebih menguntungkan yang juga dapat menjamin masa depan kita.. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, keputusan di tangan sendiri.

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib