Tarbiah Buat Kamu

Riadah


 Rasanya dah berbulan-bulan masalah ketiadaan bekalan minyak masak berlaku tapi masih tiada tanda-tanda masalah ini akan selesai malah semakin kronik pula. Sekarang ni cari minyak masak di kedai umpama cari ecincin emas yang terjatuh dalm sungai punyalah susah. Kalau pun ada pembelian dihadkan kepada dua peket seorang sahaja tu pun belum kira harganya yang di naikkan oleh peruncit dengan alasan minyak susah mau dapat. Malah ada sesetengh kedai terutama yang dikampung-kampung menjual dengan harga tinggi sehingga rm4.00 sepeket.

Manakala kedai-kedai runcit pula ada yang mensyaratkan untuk membeli barang lain juga sebelum boleh membeli minyak masak peket ini.


Yang jadi persoalannya dimana menghilangnya minyak masak bersubsidi ni. Bnyak spekulasi yang tersebar berkaitan masalah ni antaranya pemborong sengaja menyimpan stok minyak agar bekalan berkurangan supaya dapat menaikan harga untuk mengaut lebih banyak keuntungan. Malah ada dakwaan mengenai penyelewengan minyak masak hingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran. Kegiatan penyeludupan juga dikatakan sebagai salah satu faktor hilangnya minyak masak peket di pasaran malah menurut portal FMT kelewatan kerajaan membayar tuntutan subsidi kepada syarikat pembukusan minyak masak peket bersubsidi juga menjadi punca bekalan minyak masak peket kritikal dipasaran.


Apa pun alasan dan punca kehilangan minyak masak ini rakyat tidak mahu tahu kerananya kerajaan sudah mempunyai banyak agensi yang diberikan kuasa untuk membenteran segala salah laku yang mungkin berlaku. Sebagi contoh KPDNHEP mempunyai pasukan yang memantau dari premis-premis pembekal atau kilang-kilang pengeluar bagi mengelakkan kegiatan menyembunyikan bekalan minyak masak yang mungkin dilakukan, manakala pihak polis pula mempunyai kuasa untuk membenteras aktiviti penyeludupan dan pihak SPRM boleh menyiasat jika berlaku penyelewengan dalam kelewatan pembayaran tuntutan subsidi dari pihak pembekal. Pendek kata tiada sebab mengapa minyak masak ini boleh tiada di pasaran memandangkan negara kita sendiri merupakan negara pengeluar minyak sawit dunia.. Kita tidak perlu mengimport bekalan minyak sawit dari negara lain. Jangan sampai kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Jangan sampai sibuk memenuhi bekalan minyak sawit untuk luar negara tapi rakd sendiri tiada bekalan. Tolonglah kerajaan bantu rakyat mcm kami ni. Rakya bukannya tidak membua laporan tetapi hingga sekarang masih tiada tanda-tanda masalah ini akan pulih ataupun nampak sau tindakan drastik dari kerajaan menangani isu ini. Rajin-rajinlah turun berjumpa dengn rakya untuk mengetahui masalah rakya bukan hanya menunggu di pejabat berhawa dingin menunggu laporan bertindaklah mengikut bidang kuasa yang telah diberikan mengikut undang-undang.


Nota: sekarang ini di kawasan saya di beaufort sabah telur ayam pun pandai hilang dari radar sudah itu belum cerita lagi masalah kenaikan harga barang..

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib