Apabila air sudah mula melipah, jangan panik. Kepanikan akan memuatkan kita tidak dapat berfikir dengan baik. Ini akan membahayakan kita dan orang di sekeliling kita. Antara yang perlukan dilakukan bergantung di mana anda berada samaada ketika terperangkap dalam rumah atau kenderaan ataupun ketika berada di luar di rumah.
PANDUAN KETIKA TERPERANGKAP BANJIR - DALAM RUMAH.
* Sentiasa update dengan situasi semasa. Sentiasa ikuti pengumuman dari pihak berkuasa dari masa ke semasa melalui sumber-sumber yang sahih. Elakan dari sumber-sumber yag tidak sahih atau berita palsu.
* Pastikan kit kecemasan dan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Mohon bantuan degan segera jika bekalan tekah berkurang.
* Jangan menggunakan barangan elektrik yang sudah tengelam atau basah.
* Berwaspada dengan haiwan berbisa.
* Makan makanan yang telah di masak dengan sempurna bagi mengelakkan penyakit berjangkit
* Jika diarahkan untuk berpindah, segerahlah berbuat demikian demi keselamatan.
PANDUAN KETIKA TERPERANGKAP BANJIR - DI LUAR RUMAH
* Jauhi kawasan yang di landa banjir. Pergi ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.
* Elakkan dari melalui jalan-jalan yang telah tenggelami air terutama yang berarus deras kerana arus banjir boleh menghanyutkan anda.
* Jangan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan bersampan atau berjalan kaki. Arus yang deras boleh melemaskan anda biar pn anda tahu berenang. Kebanyakan mangsa lemas adalah orang-orang yang tahu berenang.
* Jangan sentuh mana-mana wayar atau kabel yang jatuh bagi mengelakkan resiko renjatan elektrik.
* Jangan minum air banjir. Pastikan makanan yang hendak di makan sudah d bersihkan dandi masak dengan sempurna. Banyak penyakit berjangkit yang berbahya yang di akibatkan maknan tercemar.
* Awasi anak-anak agar tidak bermain banjir terutamanya dilongkang, sungai ataupun lombong
PANDUAN KETIKA TERPERANGKAP BANJIR - DALAM KENDERAAN
* Jika jalan raya sudah d tenggelami air. Sebaikya patah balik sahaja. Jangan cuba untuk mengharugi air banjir. Arus deras banjir boleh menghanyutkan kenderaan anda. Amat bahaya jika anda terperangkap dalam kenderaan yang dihanyutkan banjir.
* Jika anda terperangkap, keluar dari kenderaan. Kunci kenderaan anda dan segeralah dapatkan bantuan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
PANDUAN KETIKA TERPERANGKAP BANJIR - DI PUSAT PEMINDAHAN
Pusat pemindahan merupakan antara kawasan yang paling selamat ketika bajir. Namun begitu di pusat pemindahan masih mempunyai resikonya tersendiri. Antara tip pejagaan kesihatan yang boleh dipertimbangkan ialah :
* Sentiasa beratur terutama ketika ingin mengambil makanan. Memandangkan keadaan di PPS agak ramai, malah kadangkala boleh mencecah 700 lebih orang manakala petugas yang membantu di PPS agak terhad. Maka anda kena lebih sedikit bersabar lagi.
* Kawal anak-anak anda agar tidak berkeliaran atau berlari-lari di dalam kawasan PPS hingga boleh mengganggu keselesaan orang lain.
* Pastikan barang-barang berharga anda sentiasa selamat bersama dengan anda.
* Pada masa-masa pandemik sekarang ini, SOP lebih ketat perlu dilaksakan bagi mencegah penularan COVID 19 yang akan menimbulkan ancaman baru lagi.
* Pastikan kawasan anda sentiasa bersihdari sebarang sampah demi keselesaan bersama.
* Jika anda mengalami gangguan kesihatan seperti demam cirit-birit dan muntah-muntah segeralah dapat kan rawatan. Di setiap PPS akan ada doktor yang akan bertugas. Jika mahukan bantuan sila berhubung dengan para petugas di PPS.
No comments:
Post a Comment