Tarbiah Buat Kamu

Riadah

 


Bulan puasa semakin hampir. Ramai diantara kita sudah pun bersedia untuk menyambut bulan yang mulia ini. Seperti mana tahun-tahun seblum ini penetapan tarikh awal ramadhan d Malaysia ni melalui dua cara iaitu rukyah dan hizab. Rukyah ialah melihat anak bulan yang ilihat oleh sekurang-kurangnya seorang saksi yang adil dan dia mengakuinya. Manakala hisab pula ilaha sempurna hitungan bulan syaaban sebanyak 30 hari.


Namun sebelum itu hakim syar‘i wajib terlebih dahulu membuat pengumuman adanya keputusan rukyah tersebut. Setelah itu, jika diumumkan keputusannya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka wajiblah semua orang Islam yang berada dalam lingkungan satu mathla‘ (ittihad al-mathla‘) daripada tempat bulan dilihat untuk berpuasa .


Menurut pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini (2022) ialah pada petang Jumaat, 1 April 2022 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijriah,


Keputusan tarikh awal ramadhan akan diumumkan pada malam itu juga oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran radio dan televisyen.


Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Selain itu Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.


Bagi negri kedah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.



Di kelantan Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu dipilih swbagai lokasi untuk melihat anak bulan.


Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah, Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berinchang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.


Turut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.


Selamat berpuasa semoga puasa kita di terima Allah.. Amin.

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib