Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Pada kebiasaannya pihak kerajaan akan memaklumkan jika terdapat tanda-tanda perubahan cuaca yang berpotensi untuk mengakibatkan banjir.contohnya jika pihak metrologi menjangkan akan berlaku hujan lebat sepanjang beberapa hari. Pihak berkuasa akan memakalumkan padapenduduk yang tinggal di kawasan yang sering di landa banjir untuk bersiap sedia untuk berpindah jika  keadaan semakin buruk. untuk itu masyarakat harus melakukan beberapa persediaan sebelum keadaan banjir berlaku.

TINDAKAN SEBELUM BANJIR

*    Dapatkan maklumat terkini berkaitan dengan banjir dari sumber yang sahih seperti radio, televisyen, medi sosian dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta bilik-bilik gerakan banjir negeri atau daerah yang akan diaktifkan sebaik sahaja paras air telah mencapai tahap tertentu. Oleh itu setiap masyarakt wajib ada nombor telefon bilik-bilik gerakan banjir ini bagi memudahkan bantuan di salurkan jika terdapat kecemasan.

*    Kenal pasti lokasi Pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan atau pusat bantuan bencana yang berhampiran dengan tempat tinggal. Segera berpindah sebaik sahaja PPS sudah di buka. Jangan tunggu sehingga saat-saat akhir untuk berpindah. Jika air sudah terlalu dalam agak berbahaya untuk bergerak terutama untuk kanak-kanak.

    Sentiasa pastikan bahawa longkang tidak tersumbat bagi mamudahkan pengaliran air banjir. begitu juga dengan penutup lubang najis tertutup dengan rapat bagi mengelakan dari di masuki air banjir dan juga mencegah dari kemalangan.

*     sediakan kit kecemasan dan juga bekalan makanan secukupnya.Dalam kedaan bencana perhubungan adalah sangat penting untuk itu jimatkan tenaga telefon bimbit agar boleh menghubungi pihat berkuasa dan pasukan penyelamat jika berlaku kecemasan atau jika terputus bekalan makanan. Wujudkan pelan komunikasi bagi memastikan perhubungan tidak terjejas sekiranya terputus perhubungan

*    Pastikan seluruh ahli keluarga tahu apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan.

 Pada kebiasaan nya sebelum banjirberlaku terdapat tanda-tanda awal. Jika tanda-tanda awal banjir akan berlaku Segeralah bertindak menggunakan langkah yang perlu dia ambil :

*    Sentiasa dengan pengumuman melalui radio, televisen, media sosial atau pihak bekuasa. Jika diarahkan unttuk  berpindah segerahlah berbuat demikian demin keselamatan jangan bertangguh untuk berpindah.

*    Pastikan segalaperalatan elektrik perabot atau peralatan lain telah di pindahkan ke tempat yang selamat

*    Pastikan segala dokumen dibawah bersama ketika berpindah letakkan segala dokumen penting di letakkan dalam bekas kalis air.

*    Pastikan semua suis bekalan elektrik, injap utama bekalan air dan gas telah di tutup dengan baik

    Ketika berpindah bawa barang yang perlu sahaja kerana semua keperluan peribadi ada disediakan di PPS.

BAHAGIAN 3 : Panduan keselamatan dan kesihatan semasa banjir (tindakan semasa banjir

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib