Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Banjir merupakan satu bencana alam sering melanda Malaysia. Di malaysia musimtengkujuh biasanya berlaku pada akhir tahun dan sering berlanjutan ke awal tahun berikutnya. Namun begitu sering juga berlaku bencana banjir diluar musim tengkujuh.

Banjir boleh menimbulkan pelbagai ancaman keselamatan dan juga kesihatan kepada orang ramai terutama mangsa banjir. untuk itu penting bagi masyarakat bukan sahaja yang tinggal di kawasan banjir tetapi semua golongan lapisan masyarakat untuk tahu resiko-resiko bahaya yang boleh wujud dalam menghadapi situasi banjir agar tindakan sewajarnya dapat dia ambil sama ada ketika menjadi mangsa banjir atau pun ketika ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir

Antara resiko yang boleh berlaku semasa banjir ialah :

    *    Lemas - kejadian lemas adalah resiko utama yang paling sering berlaku ketika banjir. Terutama kanak-kanak yang menganggap banjir seperti satu temasya mandi manda lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai arus yang deras. untuk itu ibu bapa harus sentiasa memerhatikan anak-anak agar tidak bermain air banjir walau di kawasan yang tidak dalam kerana air banjir boleh naik secara tiba-tiba sahaja.

    *    Terdedah kepada pelbagai jenis kecederaan - ketika banjir ia bukan sahaja mengahyutkan banyak sampah tetapi juga banyak barang yang berbahaya seperti paku, pecahan kaca, duri dan lain-lain. Memandangkan kawasan laluan di tengelami air dan biasanya air banjir agak keruh sehingga kita tidak dapat melihat apa yang akan kita pijak. malah kita mungkisahaja termasuk kedalam longkang atau parit yang dalam yang tentunya boleh mendatangkan bahaya.

    *    Ancaman binatang berbisa - Ketika banyak kawasan sudah ditenggelami air maka binatng-binatang seperti ular, lipan atau kalajengking turut akan berpindah mencari kawasan yang lebih selamat dan tidak di tenggelami air. situasi ini bahaya jika kita tidak berhati-hati. banyangkan jika kita hendak tidur tanpa kita sedari terdapat ulartedung selar berada dalam lipatan selimut kita.

    *    Terkena renjatan elekrik - Ari merupakan konduktur elektrik yang baik. Sebab itulah ketika banjir bahaya terkena renjatan elektrik boleh berlaku terutama di kawasan setinggan yang kebiasaanya terdapat pendawaian haram dan kegiatan mencuri bekalalan elektrik. Terkena renjatan elektik juga boleh berlaku bila kawasan yang mempunyai sistem pendawaian yang sudah usang dan terdapat wayar-wayar elektrik yang terdedah. ini boleh membahayakan nyawa.

    *    Terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit - Semasa dan selepas banjir biasanya penyakit-penyakit seperti kencing tikus, Taun, cirit birit dan demam kepialu sering berlaku. Tmbahan pula ketika ini ancaman COVID 19 masih belum reda dan masih lagi mengganas dengan kewujudan varian-varian baru yang lebih berbahaya. Kerana itulah amat penting untuk kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama.

    * Kejadian kecurian sering belaku - Ketika banjir kebanyakrumah akan ditinggalkan kosong tanpa penghuni dimana penghuninya di pindahkan ke PPS atau berpidah ke rumah saudara mara yang tidak terkena banjir. Pada masa inilah penjenayah-penjenayah akan mengambil kesempatan untuk mencuri. Namun begitu bagi membenteras kegiatan ini pihak berkuasa akan mengadakan rondaan cegah jenayah lebih kerap bagi memastikan segala harta benda yang ditinggalkan sentiasa selamat.

(bersambung dibahagia ke2 - TINDAKAN SEBELUM BANJIR

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib