Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Bila masuk saja musim maulidur Rasul maka banyak program-program yang dianjurkan samada pihak kerajaan atau pun masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia bagi memupuk rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.

Pentingkah mencintai Rasulullah ini.Jawapan saya ialah tersangat penting. Bahkan menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk mencinta Rasulullah melebih dari kecintaannya kepada kepada semua makhluk lain yang ada dalam muka bumi ini. Rasulullah adalah manusia yang di pilih Allah dari sekian banyak manusia untuk diutus kepada umat manusia bagi membimbing mereka kepada hidayah, berbuat makruf,  mencegah kemungkaran dan beriman kepada-Nya Tuhan seru sekelian Alam. Rasulullah lah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan.

1.    Kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam melebihi cinta kepada diri sendiri

 Imam Bukhari ada meriwayatkan:

عَن عَبْد اللَّهِ بْنَ هِشَامٍ ، قَالَ : كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم وَهْوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِى .
فَقَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم:

لاَ وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ  .
فَقَالَ لَهُ عُمَرُ : فَإِنَّهُ الآنَ وَاللَّهِ لأَنْتَ أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى .
فَقَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم 
: الآنَ يَا عُمَرُ  .

Daripada Abdullah bin Hisyam Radiallahuanhu bahawa beliau berkata: Kami pernah bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam,  sementara baginda memegang tangan Umar bin Khatthab Radiallahuanhu, maka Umar berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri.

Maka Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam  bersabda: Tidak, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, hinggalah kamu lebih mencintai aku daripada dirimu sendiri.

Umar berkata kepada baginda: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.

Nabi bersabda: Saat ini wahai Umar (benarlah cinta kamu)

 (Riwayat al-Bukhari)

2.    Kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cinta kepada orang tua (ibubapa) dan anak

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏  فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ ‏
Daripada Abu Hurairah Radiallahu’anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

Demi zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kamu beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tua dan anaknya.

(Riwayat al-Bukhari)

3.    Kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cinta kepada seluruh manusia lain

Imam Bukhari meriwayatkan:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Daripada Anas Radiallahuanhu, berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya

(Riwayat al-Bukhari)

4.    Kewajipan mencintai Allah Subhanahuwata’ala, Rasululullah Sallallahu’alaihiwasallam dan berjihad di jalan-Nya melebihi cinta kepada segala yang lain

Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik

(Surah At-Taubah : 24)

 Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas:

Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan azab daripada Allah yang akan menimpa kamu

(Mukhtasar Ibnu Kathir – Syeikh Nasib Ar-Rifa’i)

Persoalannya bagaimana hendak memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah. Antara yang boleh kita lakuka mangi menyuburkan rasa cinta kita kepada Rasulullah ialah :

1.    Sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah.


Sunnah Rasulullah ialah segala sesuatu yang menjadi amalan rasulullah samada cara makan, bercakap dan lain-lain lagi termasuk cara berpakaian dan cara beramal. Umat muslim hendaklah sentiasa melakukan sunnah-sunnah Rasulullah semampu mungkin sebagai bukti kita mencintai Rasulullah. Mungkin kita boleh bermula dengan sunah-sunah kecil dahulu seperti duduk ketika minum, sentiasa tersenyum dan sebagainya. Kemudian kita pertingkatkan kepada sunnah-sunnah yang menjadi rutin Rasullullah seperti banyakkan solat malam, sentiasa besedekah, berzikir, berpuasa, sentiasa membaca Al-Quran dan sebagainya

2.    Perbanyakan Selawat.


Sebagai tanda kita mencintai Rasullullah perbanyakan lah Selawat kerana selawat ini selain menjadi syafaat kita pada hari akhirat kelak ia juga mengandungi makna puji-pujian kepada Rasulullah dan sebagi ungkapan kerinduan kita kepada Baginda. Dengan berselawat juga akan menjadi ungkapan betapa kita begitu gembira menjadi umat Baginda.

"Apabila salah satu di antara kamu (manusia) membaca selawat, sebaiknya diawali dengan mngagungkan nama Allah dan memujinya, setelah itu baru membaca selawat kepada Nabi, setelah barulah dapat berdoa sesuai doa yang diinginkan"= HD Ahmad, abu dawud da tirmidzi. Ini menunjukkan betapa pentingnya selawat.

3.    Mencintai keluarga, sahabat dan umat muslim


Rasulullah merupakan seorang yang sangat mencintai keluarga, sahabat dan juga semua umatnya. Maka perbuatan ini sebagai sunnah baginda haruslah menjadi ikutan kita sebagai umat Baginda yang mencintainya dan mengikut segala sunnah-sunnah rasullullah mlah kita amat dianjurkan untuk mencintai para Ahlul Bait. Siapakah Ahlul bait ini, mereka ialah keturunan Rasulullah dan memiliki nasab keturunan yang jelas hingga hari kiamat.

4.    Mempelajari sirah nabawiyah


Mempelajari sirah nabawiyah dapat mengukuhkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Bagaimana kita hendak mencinta Rasullullah jika kita tidak mengetahui sejara hidup dan perjuangan Rasulllullah dalam mempertahankan dan menegakkan syiar islam. Sirah Nabawiayan ialah satu kisah mengenai seluruh kehidupan Nabi Muhammad SAW dari masa kecil beliau zehingga baginda wafat yang mengandungi kisah-kisah keluarga baginda, perjuagan ketika zaman jahiliah hinggalah pengorbanan Banginda untuk umatnya.

5.    Berdoa


Rasulullah sering berdoa kepada Allah dalam segala hal yang Baginda ingin lakukan. Maka kita juga seharusnya melakukan hal yang sama. Kerana doa merupakan senjata kaum muslimin dan muslimat. Untuk itu banyakkan lah berdoa untuk segala hal sebagi mencotohi Rasullullah. Bedoalah agar Allah menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita terhadap Rasullullah keranaAllah lah yang memegang hati kita. Allah berkuasa membolak balik kan hati kita. berdoalah agar hati kita tetap dalam cahaya keimanan.

Pendek kata dengan mencontohi Rasullullah dengan cara mengamalkan segala sunnah-sunnah Baginda nabi Muhammad SAW. Malah mengikut buku the 100 : A rangking of most influentialperson in history  Nabi Muhammad SAW merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Selawat serta salam buat junjungan besar kita sallallahu alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib