Situasi ini menimbulkan kebimbangan akan berlakunya kenaikan kes covid 19 memandangkan pada masa sekarang kerajaan sudah memberi banyak kelonggaran berkaitan dengan SOP covid 19. Jika sebelum ini kita hanya berhari raya dengan ahli keluarga serumah selama dua tahun bila sahaja kerajaan memberi kelonggaran maka masyarakat berhari raya seperti tiada hari esok. Di tambah lagi dengan amaran yang di keluarkan oleh KKM yang menjangkakan akan berlaku kenaikan kes jangkitan covid19 selepas sambutan hari raya ini lebih-lebih lagi bagi negeri Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri ini bakal menya
mbut perayaan pesta kaamatan dan smbutan hari gawai pada penghujung may ini. Diharapkan kenaikan yang dijangkakan ini masih dalam terkawal.Namun begitu berdasarkan pemerhatian masih ramai masyarakat yang menggunakan pelitup separuh muka walaupum kerajaan sudah tidak mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di kawasan terbuka. Tetapi masih ramai yang menggunakan pelitup separuh muka di kawasan terbuka sebagai tanda kesedaran kendiri dalam usaha mengatasi jangkitan covid 19. Bila di tanyakan sebab masih mengenakan pelitup separuh muka rata-rata mereka mengatakan kebimbangan mereka berkaitan dengan kenaikan jangkitan selepas sambutan hari raya nanti. malah ada juga yang berkatakan mereka merasa ganjil jika tidak memakai pelitup separuh muka. Setelah 2 tahun terbiasa mengenakan pelitup separuh muka maka ia sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat dan ada juga yang hanya menghabiskan stok pelitup separuh muka yang masih ada dlamsimpanan. Apapun alasannya ini merupakan satu kebiasaannya ini merupakan satu perkara yang baik. Baik bukan sahaja utuk diri sendiri tetapi baik juga untuk orang-orang disekeliling.
Semoga kita akan terus terbebas dari cengkaman covid 19. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.



No comments:
Post a Comment