Tarbiah Buat Kamu

Riadah

Sebelum ini heboh diperkatakan mengenai mengenai trend 'unboxing' isteri sehingga menimbulkan perdebatan dikalangan natizen. Kini timbul pula satu trend yang menjadi ikutan remaja yang di lihat seperti mempersendakan agama dimana bermunculan video-video di tiktok golongan remaja sedang menunaikan solat. Kedengaran seperti satu aktiviti yang baik sedang bersolat tapi malangnya mereka sedang menunaikan dengan menjadikan kipas angin sebagai makmum bagi lelaki dan menjadikan kipas angin sebagai imam bagi wanita malah ada yang sampai meletakkan gambar artis korea pada kipas yang dipakaikan dengan pakaian baju melayu atau bertelekung.


Mereka berbuat sedemikian kerana ingin merasai susana bersolat bersama pasangan. Namun ia dilihat seperti sedang mempersendakan agama. Nak sangat merasa solat dengan pasangan kahwin ja lah. Tak perlu jadi bodoh dengan solat berjemaah dengan kipas. Agama memang menggalakkan solat berjemaah tapi dengan manusia bukan dengan kipas. Ataukah mereka ini ada masalah mental sampai hendak berkahwin dengan kipas sampai berlatih solat dengan kipas. Kalau macam tu selamat menempuh malam pertama biar anak ramai. 


Menurut pendakwah terkenal ustaz Azhar Idrus, jika hendak melakukan sesuatu dalam hal yang berkaitan dengan syiar Islam tidak boleh dilakukan sebagai bahan gurauan apa lagi sampai timbul niat untuk mempersendakan agama. Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan konten media sosial bagi meraih perhatian natiezen perbuatan sebegini merupakan satu tindakan yang mempersendakan agama dan ia satu dosa besar malah perbuatan itu adalah haram. Malahan menurut mufti Pulau Pinang jika dilakukan dengan niat ubtuk mempersendakan agama boleh dikira murtad atau terkeluar dari agama Islam dan wajib bertaubat. Apa remaja sekarang sudah tidak takut akan perbuatan dosa lagi sampai sanggup menggadaikan akidah.


Larangan menjadikan agama ada dalam firman Allah "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab sesungguhnya kami hanya berbual dan bermain-main. Katakanlah : 'Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyiksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. - [At Taubah : 65-66]

Semua ini berlaku akibat kurangnya didikan agama dikalangan anak muda. Bagi mereka yang telah terlanjur terjebak dalam mengikut trend ini segeralah bertaubat dan berhenti melakukannya janganlah kerana terlalu nak mengejar " view" dan "followers" maka soal halal haram serta dosa pahala diketepikan. Ambillah nasihat ini demi kebaikan. Orang ramai juga diminta melaporkan perkara ini jika berlaku kepada pihak yang berkuasa agar pihak jabatan agama boleh mengambil tindakan bagi menyelamatkan anak muda kita terus hanyut.


No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib