![]() |
| Kanak-kanak merempit dengn basikal lajak |
Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang kerani Sam Ke Ting yang didakwa telah melanggar 8 orang kanak-kanak yang sedang bermain basikal lajak. Kes ini mendapat pelabagai respon dari kalangan natizen Malaysia. Ada yang menyalahkan pemandu terbabit malah tidak kurang yang menyalahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit. Kenapa ibu bapa kanak-kanak tersebut turut dipersalahkan oleh natizen sedangkan mereka tiada di temapat kejadian. Ini kerana kanak-kanak terbabit sedang bermain basikal di jalan raya pada pukul 3 pagi. ya kanak-kanak tersebut telah berada di luar pemantauan ibu bapa mereka pada masa yang tidak sesuai.
Para natizen berpendapat bahawa ibu bapa mereka sepatutnya melarang anak-anakmereka berada di luar rumah pada masa tersebut. tapi adakah kanak-kanak tersebut keluar rumah setelah meminta izin dari keluarga mereka. semestinya tidak lebih-lebih lagi jika kanak-kanak terbabit bersekolah pada hari esoknya. bukan hendak membela para ibu bapa mereka, tetapi kita kenalah juga bersikap adil.
Jika ibu bapa mereka tidak bersalah makan betullah pemandu tersebut yang bersalah. Tetapi mngikut keterangan pemandu tersebut pada waktu kejadian dia tidak berada dalam pengaruh alkohol, malah dia juga tidak sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Malah dia tidak memandu laju dan sedang memakai tali pinggang kledar. Ini menunjukkan beliau seorang pemandu yang berhemah. Mungkinkah Sam Ke Ting mengantuk etika itu memandang masa itu sudh jam 3 pagi waktu ketika orang ramai sedang tidur.
Mengikut mahkamah pemandu terrsebut tidak di kenakan pertuduhan atas kesalahan kerana membunuh tetapi hanya atas kesalahan memandu secara melulu bukannya membunuh. Tapi nampaknya keputusan mahkamah tinggi ini tidak digemari oleh segelintir natizen yang lebih berpendapat bahawa ibu bapa lah yang lebih patut di persalahkan kerana tidak menjaga anak mereka dengan baik hinggakan boleh berkeliaran di jalan raya pada jam 3 pagi. Hinggakan para natizan ada mengumpulkan tanda tangan sebagai tanda sokongan kepada Sam Ke Ting dengn slogan #justiceforsamketing.
Bagi mereka yag belum mengahui tentang apa itu basikal lajak di sini saya akan sertkan beberapa ciri-ciri basikal lajak agar kita dapat membuat penilaian berkaitan kes ini dengan lebih adil lagi dan kita tahu bahayaa yang ada pda basikal lajak ini.
- Sepit udang dan pemegang (handle) telah diubah suai untuk meyokong dada membolehkan mereka meniarap ketika memecut
- Rangka basikal lajak pula biasanya lebih kecil dan terlalu rendah.
- Bahagian rim pula biasanya menggunakan rim sukan jenis plastik bagi mengurangkan berat basikal
- Basikal lajak juga tidak mempunyai brek yang lengkap malah ada yang langsung tiada brek. Menurut kaedah-kaedah Lalulintas Jalan1959 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar.
- Kebanyakan basikal lajak juga tidak dilengkapi dengan lampu. Menurut kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959 35(2) & 36(3), setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu putih di hadapan dan merah di belakang supaya boleh dilihat dalam jarak munasabah.
Mungkin disebabkan itulah Sam Ke Ting tidak dapat melihat mereka. Siapa juga akan menyangka akan ada kanak-kanak bermain basikal pada jam 3 pagi.
Kesimpulannya siapa pun yang bersalah mahkamah telah pun membuat keputusan kita hanya boleh mengambil pengajaran agar peristiwa sebegini tidak bereulang lagi. Apa beza penunggang basikal lajak dengan mat rempit yang bukan sahaja boleh membahayakan nyawa penunggang malah pengguna jalan raya yang lain. Ibu bapa kena memainkan peranan yang penting dalam hal ini pantu anak anda sepanjang masa. Biarpun mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap pemandu tapi adakah ia berbaloi. Dapatkah keputusan mahkamah ini mengembalikan nyawa anak anda. Semua pihak kena berganding bahu bagi menceah aktiviti tidak sihat ini. Mungkin masa kecil kanak-kanak ini menjadi penunggang basikal lajak bila dah dewasa jadi mat rempit pula. Melentur buluh biar dari rebungnya. Salam takziah buat keluatga 8 orang kanak-kanak yang terkorban. Semoga Sam Ke Ting mendapat pengadilan yang sewajarnya.
![]() |
| Berlumba dijalan raya dengn basikal lajak bolem membawa bahaya |



No comments:
Post a Comment