Tidak berapa lama dahulu kerajaan mengumumkan telah meluluskan kenaikan kadar gaji minimum darinRM 1200 kepada RM1500 sebulan. Ramai yang bergembira dan bersyukur. Walaupun ada antra !ajikan yang membantah dengan alasan akan ada ramai majikan yang tetpaksa gulung tikar jika kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan penetapan kadar gaji minimum yang baru. Persoalannya sampai bila kerajaan mahu membela golongan majikan ini sedangkan nasib pekerja terus terabai. Mujurlah kerajaan tetap manaikan kadar gaji minimum ini bermula 1 Mei 2022. Terima kasih kerajaan. Kusangkakan kenaikan kadar gaji minimum ini akan membawa kebaikan rupanya hampa.
Tindakan kerajaan menaikan kadar gaji minimum itu sudah baik dan betul untuk membela nasib rakyat namun begitu yang jadi persoalannya kenapa kerajaan tida juga mengawal kenaikan harga barng yang begitu ketara. Jika dahulu heboh diperkatakan harga ayam melambung tinggi baru-baru ini dijangkakan har daging jug akan meningkat sebelum hari raya aidilfitri 2022 ini. Apa tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini. Tidak cukup ka rakyat terbeban dengan masalah ketiadaan bekalan minyak masak bersubsidi dipasaran yang seperti tiada pengakhirannya hinggakan terpaksa membeli minyak masak dalam botol yang jauh lebih mahal. Bukan niat mahu menyalahkan kerajaan sekadar mahu tahu saja kerana akhir-akhir ini isu ini sudah pun dpolitikkan oleh seglintir parti politik untuk menghentam lawan pokitik mereka. Rakyat sudah muak dengn permainan politik para politikus yang hanya mahukan kuasa dengn meperjudikan nasib rakyat.
Apalah gunanya kenaikan kadar gaji minimum jika di sertai juga dengan kenaikan harg barang yang melambung tinggi. Teringat pada zaman dahulu gaji tidak lah tinggi mana tapi rakyat mampu berbelanja hinggakan yang mendapat manfaat bukan sahaja golongan orang yang berkerja malah orang-orang yang berniag di tepi jalan turut menerima tempias manfaat kebaikannya. Tetapi sekarang gaji dah tinggi tetapi rakyat tetap mengeluh mengahadapi masalah kewangan. Dalam situasi ini golongan yang paling terjejas ialah golongan berpendapatan rendah atau mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau golongn peniaga kecil. Maka ujudlah situasi yang kaya makin kaya yang miskin makin melarat. Golongan kayangan akan menggunakan alasan kenaikan kadar gaji minimum untu menaikan harga produk mereka konon untuk menutup kenaikan kos yang mereka tanggung akiba pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum sedangkan seblum ini mereka telah kenyang memeras keringat pekerja mereka. Adakah kerajaan tiada formula bagi mengatasi masalah ini. Golongan peniaga akan terus mengaut keuntung berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum kenaikan kadar gaji minimum hanya dengan alasan untuk menampung kenaikan kos yang mereka tanggung akibat terpaksa menaikan gaji pekerja mereka. Saya percaya kerajaan akan mampu mengatasi masalah ini dengan formula baru bukan sekadar pemantauan harg brang yang tiada kesan. Para pemimpin kita merupakan golongan terpelajar bukannya golongan kaki lima.. Bantu kami YB-YB dan menteri-menteri sekalian.


No comments:
Post a Comment