Dalam masa-masa pandemik ini sebenarnya telah banyak mengajar kita erti sebenar kehidupan. Ramai dikalangan kita yang mengeluh kerana kesusahan yang kita hadapi ketika ini. Walaupun kita sudah semangkin di penghujung perjuangan namun kita masih lagi merasa keperitan hidup dengan terpaksa menjalani hidup yang serba kekurangan. Namun sedarkah kita bahawa masih ada orang lain yang jauh lebih susah dari kita di dunia ini malah kesusahan mereka ini sudah mereka alami jauh sebelum pandemik covid 19 ini bermulahinggakan mereka terpaksa makan benda-benda yang sebenarnya bukan makanan hanya sekadar untuk mengisi perut malah ada yang sanggup memakan makanan yang sudah tidaklayak untuk dimakan demiuntuk bertahan hidup. Sedangkan kita masih lagi berlaku pembaziran setiap hari,
Antara makanan yang menjadi menu harian meraka ialah
1. Biskut lumpur(bonbon te)
Masyarakat di Port-Au-Prince, Haiti tidak begitu bertuah kerana terpaksa memakan makanan yang diperbuat hasil campuran lumpur sebenar yang telah dikeringkan. walaupun mengetahui bahawa tanah lumpur banyak mengandungi toksin dan bakteria berbahaya yang boleh sahaja membawa maut tetapi mereka tiada pilihan lain selain memakan adunan lumpur yang telah dicampur dengan garam dan lemak sayuran. Akibat kenaikan harga makanan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan biskut lumpur bukan kerana rasanya yang sedap tetapi itu sahaja makanan yang mereka mampu sediakan untuk keluarga mereka. Dengan angaran harga sekeping biskut lumpur dalam 5 sen sekeping maka biskut lumpur itu menjadi makanan utama bagi sebahagian besar msyarakat Haiti yang berpendapatan sekitar 2 dolar sehari. keadaan ini berlaku akibat ketidak setabilan politik dan kejadian bencana alam yang berlaku. Kita di Malaysia patut bersyukur masih aman dari bencana alam walaupun ketidak setabilan politik mula sering berlaku.
2. Pag pag
Kepadatan penduduk di kawasan setinggan di bandar Manila Filipina menjadi satu cabaran buat semua ahli keluarga untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk setiap ahli keluarga. Disebabkan itulah maka hidangan Pagpag menjadi pilihan utama. 'Tarog' kebiasaannya menrujuk kepada habuk atau debu selepas mengibas permaidani atau pakaian. Namun bagi masyarakat dikawasan Manila ia bermakna daging atau sisa makanan yang dikutip dari tempat pembuangan sampah. Sisa makanan ini akan dibersihkan dan dimasak semula sebagai hidangan untuk santapan sekeluarga. Pagpag bukan sahaja dijadikan sebagi makanan ruji bagi masyarakat Manila tetapi juga dijadikan sebagai perniagaan bagi para pemungut sambah. Malah ada pemilik kedai makan kecil yang menjual menu dari daging pagpag ini dengan harga yang cukup murah. Para pengutip sampah yang sebelum ini lebih berminat mencari plastik dan logam mula beralih mencari sisa-sisa makanan untuk dikitar semua menjadi pagpag atau menjualnya kepada pengusaha kedai makan kecil memandang permintaan yang semangkin tinggi. Satu beg plastik daging pagpag biasanya berharga 20 peso sudah cukup untuk menyajikan beberapa hidangan murah berharga sekitar 10 hingga 20 peso bagi setiap hidangan. Dahulu daging pagpag merupakan pilihan terakhir untuk dihidangkan untu keluarga tetapi dengan peningkatan kadar kesesakan dan kemiskinan sekarang pagpag merupakan makanan utama bagi masyarakat setinggan di Manila
3. Tikus
Di wilayah Bihar India terdapat satu masyarakat yang dikenali sebagai Musahar. Kaum musahar ini merupakan orang-orang yang dianggap sebagai kasta terendah dalam sistem kasta di India kerana keadaan mereka yang amat miskin. Memburu tikus merupakan hal yang biasa bagi mereka. Disebabkan itulah juga mereka dikenali sebagai 'rat eater' atau pemakan tikus. tikus-tikus hasil buruan mereka akan djadikan lauk yang sedap untuk seisi keluarga. Bagi meneyediakan menu tikus ini tidak memerlukan masa yang lama hanya sekitar 15 minit bagi memasak tikus ini. Kebanyakan masyarakat di sini tidak kira usia dan jantina tahu cara untuk memasak tikus yang paling sedap menurut mereka. Dengan penghasilan sebanyak kurang dari 1 dolar sehari maka kegiatan memburu tikus untuk dijadikan makanan merupaka pilihan masyarakat Musahar yang diketahui berkasta rendah malah lebih rendah dari kasta dalit atau Paria.
4. Najis lembu
Pada masyarakat di Afrika Selatan memakan najis lembu adalah perkara biasa. Ini terjadi disebabkan krisis kelaparan dan juga kadar pesakit HIV juga amat tinggi. Disebabkan penghidapAIDS ini perlu untuk mengambil ubat bagi meringankan rasa sakit akibat AIDS. Sebelum makan ubat para pesakit AIDS diwajibkan untuk makan terlebih dahulu. Dikeranakan kemiskinan maka ada yang samggup memakan najis lembu sebagai pengalas perut. Bagi menyediakan menu ini, masyarakat miskin di Afrika Selatan akan mengumpulkan najis lembu dan mengeringkannya sebelum dijadikan makanan. Mereka tiada pilihan lain disebabkan kemikinan walaupun sudah ditegah oleh para doktor yang merawat mereka. Persoalannya mengapa mereka tidak memakan daging lembunya sahaja tanpa harus memakan najisnya. Cuba kita bayangkan jika hanya itu satu-satunya lembu yang mereka ada. Dengan mengorbankan lembu itu mereka akan kehilangan sumber yang boleh menghasilkan makanan untuk mereka dalam tempoh jangka masa yang panjang. Atau pun mereka ada alasan yang lain. Namun begitu hanya mereka yang tahu keadaan keperitan yang mereka tanggung.
5. Daging busuk/rosak
Di bandar Marakaibo di Venezuela pernah mengalami masalah ganguan elektik yang tidak menentu selama hampir setahun ketika negara Venezuela berhadapan dengan krisis ekonomi yang meruncing. Dalam sehari bekalan elektik hanya berfungsi dalam masa beberapa jam sahaja hinggakan pesti sejuk penyimpann daging mereka tidak berfungsi. Ini diburukkan lagi dengan kebakaran besar yang berlaku ambah menjejaskan bekalan elektrik dikawasan tersebut. Ini mengakibatkan daging simpanan mereka menjadi rosak dan busuk. Kekurangan bekalan makanan inilah yang menjadikan masyarakat di bandar Marakaibo Venezuela terpaksa memakan daging busuk malah ada yang sampai mencari makanan di tempat pembuangan sampah sebagai ikhtiar untuk terus bertahan hidup. Untuk memasak daging yang sudah membusuk ini para warga akan membasuh daging busuk itu hingga bersih kemudian merendam dengan cuka semalaman, sebelum memasaknya dengan campuran lemon dan bawang bagi menghilangkan bau busuk pada daging itu.
6. Daun
Mungkin kita merasa memakan daun adalah perkara biasa. Memandangkan banyak sayur-sayuran terdiri dari daun-daun sayur yang biasa kita makan. Namun tahukah kita daun yang dijadikan makanan oleh masyarakat di Sudan Selatan. Disebakan berlaku krisis kebuluran akibat peperangan membuatkan masyarakat di Sudan Selatan hanya bergantung dengan daun dan buah-buahan liar di hutan. Ini diburukkan lagi bila pemerintah seolah-olah membiarkan masyarakat Sudan Selatan kelaparan dengan menyekat akses kepada bantuan bekalan makanan dari PBB malah mereka juga dinafikan hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Biasanya mereka memakan daun dari pokok lalop yang amat tidak berkhasiat dan mempunyai rasa yang amat pahit. Golongan ibu-ibu di Sudan Selatan akan meninggalkan anak-anak mereka utuk masuk kehutan bagi mencari makanan hinggakan anak-anak mereka hanya makan sekali sehari pada waktu malam ketika ibu mereka pulang dari hutan membawa daun untuk dimakan..
7. Tanah liat
Pernahkah kita terbanyang untuk menjadikan tanah liat sebagai makanan. Namun bagi penduduk di Selatan Madagascar memakan tanah liat bukan asing lagi akibat kemarau yang berpanjangan. Tanah liat yang dicampur dengan sejenis asam jawa dianggap sebagai 'tanah kehidupan' terpaksa dimakan untuk menahan lapar sekali gus sebagai cara untuk bertahan hidup. Campuran tanah liat ini boleh membantu menghilangkan rasa asam jawa dan dapat memudahkannya untuk di telan. Bagi penduduk di sana mencari makan bukan lagi untuk meneruskan hidup tetapi hanyalah sekadar untuk mengisi perut yang lapar. Pada kebiasaannya buah kaktus menjadi makanan ruji, namun apabila hujan tidak turun selama setahun pokok kaktus pun tidak lagi berbuah, menjadikan mereka kehilangan sumber makanan. Penduduk disana berasa risau jika kejadian kemarau itu berulang lagi yang akan mengakibatkan kematian beratus orang hinggakan mereka mengelarkan zaman itu sebagai er rangka manusia bertaburan. Penduduk yang masih hidup tidak lagi mempunya tenaga untukmenguburkan warga yang terkorban. Kini asam jawa dan tanah liat semakin sukar untuk di temui lagi.
Untuk itu nikmat apa lagi yang kau dustakan. walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik covid 19 tetapi kita masih mampu untu memakan nasi setiap hari walau mungkin hanya berlaukan ikan masin atau telur dan magi tetapi itu masih jauh lebih baik dari sebaagian orang yang sampai harus memakan tanah dan najis hanya sekadar untuk mengisi perut. Sama-sama lah kita mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan kepada kita kurangkan lah mengeluh tetapi sama-samalah kita saling bekerjasama bantu membantu dalam menghadapi krisis ini. Bukannya dengan bekrjasama menyebarkan berita-berita palsu dan mengajak orang lain untuk saling membenci serta menyuruh orang lain untuk menghormati hak sendiri tetapi adakah kita juga sudah menghormati hak orang lain. fikirkan lah....
No comments:
Post a Comment