Seperti yang sudah kita tahu bahawa covid 19 akan terus besama kita.. timbul satu persoalan bersediakah kita untukterus hidup bersama dengan virus covid 19. Seperti yang menteri kesihatan katakan pada sidang medianya bahawa kita akan memasuki fasa endamik pada akhir bulan oktober. Namun begitu semua itu bergantung kepada situasi dalam dua bulan terakhir ini. Sejauh mana kita sebagai rakyat Malaysia mampu mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan.
Namun begitu kita juga harus memahami bahawa kebanyakan rakyat sudah bosan berkurung hinggakan bila sahaja kerajaan melonggarkan SOP dengan memberi beberapa kelonggaran maka bermunculanlah golongan yang dengan sengaja berkumpuld pusat – pusat rekriasi untuk beriadah seperti di sungai – sungai dan air terjun, seolah – olah tidak sedia untu berpisah dengan covid 19. Mungkinkah kita sudah selesa dengan hanya hidup mengharapkan bantuan BPR atau bakul makanan sahaja. Seperti yang aku tengok sendiri dikawasan tempat tinggalku ini. Terdapat sebilangan masyarakat yang sanggup menipu untuk mendapatkan bantuan. Itu belum di kira lagi dengan orang – orang yang di pertanggungjawabkan untuk mengagih –agihkan bantuan yang sepatutnya di bahagikan kepada mereka – meraka yang betul – betul memerlukan tetapi di bahagi – bahagikan hanya kepada sanak saudaranya dan sahabat terdekat yang masih mampu untukbertahan hidup.
Apabila kita sudah memasuki fasa endamik makacovid 19 akan di lihat hanya seperti penyakit denggi. Namun perlu di ingat kita mampu mengelakpenyakit sepedi denggi kerana kita dapat melihat puncanya. Seperti yang kita tahu denggi di sebabkan oleh gigitn nyamukmakajikakita mampu mengelakkan nyamuk maka kita dapat mengelak dari dijangkiti denggi. Dan kita juga tahu bagaimana untuk mengatasimasalah ini tetapi ia berbeza dengan covid 19 dimana kita tidak dapat melihat virus tersebut seperti kita melihat nyamuk. Maka kita akan terus berada dalamketakutan dan sangkaan bahawa virus ada di sekeliling kita. Dan kita masih tidak bebas begerak dan beraktivitas.
Untukitu sudah cukup bersediakah kita untuk hidup bersama covid 19 atau kita sudah selesa dengan program – progam bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup kita. Ingat seperti kata menteri kesihatan semua ini bergantung kepada situasi semasa dalam tempoh yang tinggal ini. Perkembangan varian- varian baru tahap vaksinasi negara dan juga sejauh mana tahap pematuhan SOP rakyat Malaysia ketika ini akan memberi gambaran keadaan kehidupan kita masa akan datang. Untuk ituayuh rakyat Malaysia kita bersama berganding bahu untuk keluar dari pandemik ini. Jangan terlalu gembira dengan kebebasan sementara ini jika kita mampu untuk bebas dengan sebebas – bebasnya jika kita berkerja sama. Dapatkan vaksin anda sekaran . saya sekeluarga sudah lengkap di vaksin dan kami masih hidup dan belum menjadi zombi.



No comments:
Post a Comment