20 Julai 2021 lalu Kampung ku diistiharkan sebagai kawasan yang di wartakan sebagai salah satu kawasan PKPD atau kawasan perintah kawasan pergerakan diperketat selama 2minggu. Kawasan rumah ku di kenakan PKPD mungkin disebabkan peningkatan jumlah penduduk yang dijangkiti virus corona atau covid 19. Selama ini saya hanya mendengar cerita-cerita mengenai pkpd ni hanya dari berita-berita di Tv atau dari rakan-rakan yang sudah mengalaminya sendiri. Tidak pernah terfikir yang kawasan aku sendiri akan dikenakan PKPD sendiri
Di awal-awal PKPD macam-macam yang bermain difikiran ku. Seburuk manakah sudah tahap jangkitan covid 19 yang berlaku di kampung ku. Aku mula merasa takut dengan keselamatanku dan keluarga ku. Aku agak sedikit paranoid hinggakan aku melarang ahli keluarga untuk keluar rumah, lebih-lebih lagi kawasan rumah ku merupakan kawasan laluan orang kampung untuk bergerak.tapi lama-lama saya sudah mula tenang seiring masa yang berlalu. Mungkin saya sudah mula terbiasa berada dalam keadaan PKPD.
Yang bermain dalam fikiran ku pada masa itu adalah cukupkah bekalan makanan ku untuk keluarga ku selama 2 minggu kami di kurung itu pun kalau tidak di sambung lagi (last-last di sambung juga). Mujurlah ramai rakan-rakan yang berada di luar yang masih tidak di kenakan PKPD sudi menghulurkan bantuan jika aku memerlukan. Masa inilah aku kenal siapa yang betul-betul kawan dikala susah dan senang atau hanya rakan ketika ketawa sahaja. Namun begitu sepanjang 4 minggu kami berkurung dalam minggu pertama ada juga pihak kerajaan menghulurkan bantuan melalui program bakul makanan. Dalam bakul makanan itu mengandungi
i. Beras 10kg
ii. Gula
iii. Tepung
iv. Mentega
v. Tepung gandum
vi. Biskut
vii. Susu pekat
viii. Sardin
ix. Kicap
x. Mee kuning
Kalau di ikutkan bantuan itu tidaklah mencukupi untuk tempoh 4 minggu. Namun kami sekeluarga tetap bersyukur dan kami sekeluarga perlu berlajar berjimat cermat dalam mengahadapi tempoh yang mencabar ini.
Disebalik musibah yang berlaku ini ada juga hikmahnya dari Allah berupa kemudahan kami penduduk kampung untuk mendapatkan vaksin. Kami tidak perlu lagi menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin covid 19 bila pihak KKM sendiri ke kanmpung kami untuk menjalankan program vaksinasi beramai-ramai untuk penduduk kampung. Tapi apa yang mengecewakan masih terdapat penduduk kampung yang masih tidak mahu menerima vaksin mungkin d sebabkan terpengaruh oleh golongan anti vaksin. Ini yang membuatkan saya berfikir siapa sebenarnya yang patut di persalahkan apabila kes baru covid 19 semangkin meningkat. Ada yang terang-terang menyalahkan pihak kerajaan dengan peningkatan kes baru covid 19 yang sudah mencecah 20 ribu orang sehari. Ada yang menyatakan kelemahan kerajaan dalam mengurus covid 19 ini. Namun apa yang aku lihat masyarakat juga turut menjadi penyumbang terbesar dalam peningkatan kes covid 19 itu sendiri. Sebabnya sepanjang 4 minggu kami berkurung kerana PKPD masih terdapat masyarakat kampung yang suka berkeliaran tanpa peduli SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Masih terdapat warga kampung yang suka keluar dari kawasan PKPD dengan alasan membeli barang keperluan tapi adakah setiap sejam perlu keluar untuk beli barang keperluan kenapa tidak senaraikan dahulu barang-barang yang hendak di beli. Bukan itu sahaja malah ada yang keluar bekerja atau berniaga keluar pagi balik malam. Dengan sikap sebegini wajarkah kerajaan disalahkan 100% peningkatan kes covid ketika ini bila Rakyat sendiri tidak mahu mematuhi SOP yang ditetapkan. Namun untuk menyalahkan rakyat juga adalah tidak adil kerana rakyat sudah hampir 2 tahun berkurung namun tiada kemajuan malah kes semakin meningkat. Mungkin ada juga kelemahan kerajaan yang menjadi punca peningkatan kes seperti perintah total lockdown dan darurat dikuatkuasakan tetapi masih banyak sektor yang bukan menjadi keperluan dibenarkan beroperasi. Rakyat zaman sekarang bukan lagi seperti pada zaman dahulu maklumat hanya dihujung jari. Rakyat juga harus menggunakan kemudahan capaian maklumat dengan baik dan patuhilah SOP yang di tetapkan kerana peperangan menentang covid 19 perlu kerjasama dari semua pihak samada pihak kerajaan dan juga rakyat agar kita sama-sama dapat bebas dari musibah ini.
Alhamdulillah bermula 16hb OGOS 2021 PKPD Kg Bakalau akan di tamatkan dan kami akan menikmati kembali kebebasan sebagai seorang warganegara yang merdeka tapi kita juga perlu ingat bahawa kita belum menang melawan covid 19. Semoga Allah akan mengangkat covid 19 ini dari muka bimi ini agar kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti baisa. #LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA. Covid its real dapatkan vaksin segera. Dapatkan infomasi yang sahih sahaja



No comments:
Post a Comment