Jangan kau sebut tentang perjuangan kerana manusia zaman sekarang tidak
akan pandang pada perjuangan mu. Walaupun mereka adalah oranhg-orang yang
sama-sama jatuh dan bangun ketika memperjuangkan sesutu dari Kosong hinggalah
boleh di anggap berjaya. Semua itu hanyalah kata-kata manis yang sering bemain
dibinbir manusia.
Kita akan selalu dengar " KITA-KITA JUGA NI" ataupun "KALAU
BUKAN KITA SIAPA LAGI". Aku muak dengan kata-kata itu sebab aku tidak
pernah jumpa kebenarannya dalam ungkapan itu. Memang betul 'Kalau bukan kita
siapa lagi' tapi ayat selengkapnya seharusnya berbunyi "Kalau bukan nkita
siapa lagi yang akan menyusahkan mu".
Aku baru sahaja di keluarkan dari kalangan peniaga di kawasan yang aku
perjuangkan bersama-sama denaqgnorang yang aku anggap sahabat kerana sering
berkata "KITA-KITA JUGA NI' dan "KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI".
Tapi hakikatnya aku di keluarkan juga dengan alasan melanggar perjanjian asal
kerana bercuti selama 2 bulan demi menjaga orang tua ku yang sakit. Adakah
"SAHABAT-SAHABAT KU" itu lupa bahawa AKU BERNIAGA DI SITU SEJAK TAHUN
2011 LAGI. Sebab itulah aku cakap tiada guna bercerita tentang PERJUANGAN DAN
PENGORBANAN APALAGI BERCAKAP TENTANG KEBAIKAN semua itu tiada nilainya. Semua
hanya perlukan satu alasan untuk kau di tendang. Aku tidak mengatakan semua
manusia jahat dan tidak berperikemanusian.
Kepada sahabat-sahabatku yang masih menjunjung tinggi nilai-nilai
persahabatan Aku harap kita sama-sama dapat membersihkan hati kita agar kita
terhindar dari perkara yang dapat saling melukankan perasaan sahabat sendiri.
Kerana aku yakin masihada yang masih memegang nilai-nilai persahabatan yang
tinggi tapi orang-orang sebegini semakin pupus. Yang ada sekarang kebanyakannya
yang hanya mahu mengambil kesempatan sahaja lebih-lebih lagi jika kau di anggap
saingan. Tapi hairanya kebanyakan orang sebvengini adalah dari bangsaku
sendiri. Tidak boleh melihat bangsa sendiri maju pasti akan ada yang menggegar
agar tersungkur. Tapi jika bangsa lain yang maju terus diagung-agungkan. Aku
pernah dengan satu ungkapan jika bangsa cina buka restoran peniaga restoran cina
yang lain akan datang bawa bunga dan ucap tahniah tetapi jika orang melayu yang
buka restoran peniaga restoran melayu yang lain akan datang bawa sihir. Entah
betul atau tidak ungkapan ini terpulang pada penilaian masing-masing. Aku bukan
rasis apalagi mahu menghina bangsa sendiri tapi sekurang-kurangnya ini yang aku
rasa dan aku cuba untuk jujur pada diriku sendiri.
Namun begitu aku yakin Allah itu maha adil. Jika benar apa yang berlaku
keatas ku ini kerana rasa khianat maka aku serahkan urusan selanjutnya pada
Allah kita jumpa di sana. Hidup umpama roda hari ini kau di atas besok kau akan
rasa berada dibawah dan di tindas. Karma sentiasa belaku tidak sekarang mugkin
akan datang. Jadi selamat tinggal kawan yang hipokrit.



No comments:
Post a Comment