Semakin hari dunia semakin menuju penghujungnya. Semakin aneh tingkah laku
manusia. hinggakan yang sudah melampai batas sebagai manusia malah ada yang
cuba-cuba jadi Tuhan pula. tu belum di kira lagi yang mengaku jadi Nabi.
Bagi mereka-mereka yang mengaku Nabi atau Tuhan telah jelas-jelas
kesesatannya tetapi bagai mana pula bagi mereka yang menjalankan tugas sebagai
Tuhan dengan menjatuhkan hukum pada seseorang.
Mungkin kita pernah berjumpa dengan orang berkata "Si Fulan ni kalau
mati tidak akan masuk Syurga. Jangan nak masuk Syurga nak cium bau syurga pun
tak akan punya" Hanya berlandaskan cara dan gaya hidup seseorang terus
kita menghukum dia tidak akan masuk syurga. Adakah kita sudah menjamin yang
kita akan masuk Syurga kelak. Seakan para sahabat ada yang telah mendapat
jaminan akan msul Syurga oleh Rasulullah tetap juga menjaga amalan dan adab
sesama manusia inikan pula kita yang masih terkial-kial dalam mencuba menjadi
baik.
Sedakan untuk seseorang itu masuk ke syurga bukan lah dari amalannya kerana
kalau di ukur dari amalan iblis lebih banyak amalannya sebelum Allah halau dari
syurga dan menjadi makhluk terkutuk yang dijanjikan neraka. Setiap Manusia akan
masuk syurga dengan rahmat Allah. Untuk mendapatkan rahmat Allah itulah maka
kita hendaklah sentiasa melakukan amal kebaikan.
Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Tetapi
dengan rahmat Allah maka Allah sentiasa membukakan pintu taubat kepada
hamba-hambanya yang mahu bertaubat. Kerana itulah kita tidak boleh terus
menghukum kepada pendosa. Malah kita haruslah menghulurkan bantuan kepada para
pendosa agar mereka boleh keluar dari segala perbuatan dosa dan maksiat.
Sedakan Nabi yang mempunyai sifat maksum masih sahaja terus menerus
membimbing para pendosa agar kembali kejalan yang benar dan di redhai Allah.
Kenapa pula kita yang sama-sama lemah dan hidup penuh denagn kesalahan dan dosa
mahu mengambil alih urusan Allah dalam menghukum hamba-hamba Allah.
Terdsapat satu kisah tentang seorang hamba ALlah yang menjadi penghukum dan
mengambil alih kerja Tuhan. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu anhu
"Aku mendengar Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Pernah ada
dua orang lelaki dari bani ISrail yang satunya adalah seorang yang rajin beribadah
sedakan yang satu lagi melampaui batas terhadap dirinya (suka beruat dosa).
Mereka adalah dua orang yang saling bersaudara. Saudaranya yang rajin beribadah
selalu melihat saudaranya berbuat dosa hingga dia berkata
"Berhentilah". Saudaranya yang berbuat dosa berkata "Tinggalkan
aku, demi Tuhanku apakah kamu telah diutus kepadaku sebagai pengawasku".
Rasulullah bersabda "hingga pada satu hari ketika dia melihat
saudaranya telah berbuat dosa yang dia rasa adlah satu hal yang besar. Dia pun
berkata "Celakalah kamu, berhentilah" Maka saudaranya berkata
"tinggalkan aku, demi Tuhanku adakah kamu telah diutus kepadaku sebagai
pengawasku. lalu lelaki yang rajin beribadah itu berkata " Demi Allah,
Allah tidak akan mengampuni mu" atau Tidak memasukkan mu kedalam syurga
selama-lamanya". Dia mengatakan salah satu darinya
Rasulullah bersabda "lalu Allah mengutus malaikan kepada keduanya
untuk mencabut nyawa mereka. Lalu keduanya di hari akhgirat akan dikumpulkan di
padang mahsyar. Maka Allah berfirman kepada orang berbuat dosa "Pergilah
dan masuklah kedalam syurga dengan rahmat-KU" dan berfirman kepada yang
ahli ibadah "Apakah kamu lebih tahu tentang urusan - Ku? Apakah kamu
membawa rahsia yang ada di tangan-Ku? pergi dan bawalah dia ke neraka"
RAsulullah bersabda "Demi Zat yang jiwa Abdil Qasim berada di
genggaman-Nya, Sesungguhnya dia telah berbicara dengan sebuah kalimah yang
menghancurkan dunia dan akhiratnya". (Musnad Ahmad, No 7942, Susunan Abu
daud, No4255)
Kesimpulan dari kisah ini bahawa ahli ibadah telah menghukum ahli maksiat
itu dengan suatu perkataan dimana dia sendiri tidak mengetaui hakikat dari
perkataannya itu dan 'mengambil alih' kerja Allah hingga Allah murka kepadanya
dan memasukkannya kedalam neraka. Hingga Rasulullah bersabda "Sesungguhnya
dia telah berbicara sebuah kalimah yang menghancurkan dunia dan
akhiratnya"
Dalam perjalanan hidup manusia Pengakhiran itu yang penting biarpun
sepanjang hidupnya dia sering melakukan dosa tetapi jika di akhir hidupnya
Allah berikan ia hidayah dan sempat bertaubat maka dialah orang beruntung.
Untuk itu janganlah kita cuba-cuba menjalankan 'kerja Allah' kerana kita pun
hambanya yang mengharapkan rahmat Allah untuk masuk ke syurga Allah.
Wallahualam bissawab.

No comments:
Post a Comment