Tarbiah Buat Kamu

Riadah

Apa yang kau sonbongkan dalam hidup ini takala tiada satu pun yang ada pada mu itu milikmu. Sedangkan nyawa mu sendiri bukan lah milikmu, jadi untuk apa kesombongan itu kau tunjukkan.
Sombong bermaksud tidak mahu menerima kebenaran dan merasa lebih baik dan lebih mulia berbanding dengan orang lain. orang ayng sombong akan selalu mendustakan kebenaran dan menganggap rendah orang lain serta meninggikan dirinya sendiri. Menurut Rasulullah terdapat 3 penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang antaranya ialah riak atau sombong.
Kerana sombong iblis dikeluarkan dari syurga.

Kerana sifat sombonglah iblis dikeluarkan dari syurga lantaran dia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS sewaktu Allah memerintahkannya untuk berbuat demikian. Iblis merasa dia lebih mulia dari Nabi Adam AS kerana Allah ciptakan iblis dari api sedangkan Nabi Adam dari tanah. Peristiwa ini ada di ceritakan dalam Al-Quran.



Manusia juga tidak terlepas dari sifat sombong dan riak ini. Walaupun Rasulullah sudah berpesan tentang bahaya sifat sombong pada manusia dalam satu hadisnya yang berbunyi "Tidak masuk syurga seseorang itu yang dalam hatinya ada sifat sombong walau seberat biji sawi" : HR Muslim. Sesungguhnya banyak keburukan sifat sombong kerana ia 'kepala ' kepada keburukan
Banyak contoh manusia yang sombong telah d binasakan oleh Allah. Qarun sombong dengan hartanya lalu Allah tenggelamkan ia bersama hartanya. Firaun sombong dengan kuasanya akhirnya Allah tenggelamkan ia di dasar lautan. Akhirnya manusia-manusia sombong ini mati dalam kehinaan.
Selain itu Abu Lahab dan Abu Jahal juga merupakan antara individu yang sombong. Mereka tahu kebenaran (ajaran ) Nabi Muhammad SAW, bahkan pada waktu malam mereka inilah yang menumpang dengar Rasulullah membaca ALQuran kerana mereka percaya Rasulullah tidak menipu. Namun begitu mereka tidak mahu masuk ISlam kerana sifat sombong yang ada dalam diri mereka iaitu menolak kebenaran yang dibawa oleh RAsulullah ia sebagaiman sabda Rasulullah SAW "sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia" : Riwayat Muslim.
Sebagaiman Iblis yang diperintahkan Allah untuk tunduk Sujud menghormati khalifah-Nya, Nabi Adam AS.


SIFAT ALLAH

Kenapa Umat Islam di tegah bersifat sombong? Menurut PU Faiz, ia kerana takabbur ialah satu nama dari sifat Allah. Disebabkan itu jelas beliau Allah sangat murka kepada hamba-Nya yang mengambil nama dan sifat-Nya.

Ia sebagaimana diriwayatkan dalam satu hadis qudsi, Rasulullah SAW bersabda "Takabbur itu ialah sifat-Ku dan kemegahan dan kebesaran itu ialah pakaian-Ku. Maka barang siapa yang mengambil salah satu daripada keduanya akan Ku campakkan dia kedalam api neraka dan aku tidak pedulu : Riwayat abu daud, Muslim dan ibnu majjah.

Kenapa mesti sombong

Untuk itu kenapa kita mesti sombong. jika baru menjadi peniaga restoran yang besar apalagi jika hanya berniaga tepi jalan jika Qarun sahaja yang mempunyai harta berlimpah ruah Allah binasakan. Kenapa Mesti sombong jika hanya dilantik menjadi pemimpin Sedangkan Firaun sahaja yang mempunyai empayar yang luas turut dibinasakan oleh Allah kerana kesombongannya.
Semoga menjadi pengajaran untuk diri saya dan kita semua dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib