Tarbiah Buat Kamu

Riadah


Pelbagai tanggapan masyarakat mengenai wabak yang sedang melanda sekarang. Kebanyakan manusia takut akan penularan wabak ini. Masing-masing saling menyalahkan ada yang menyalkahkan kerajaan, ada juga yang menyalahkan masyarakat Wuhan itu sendiri dimana permulaan virus ini tersebar. Kebiasaan mereka yang suka memakan apa sahaja terutama binatang-binatang ekzotik. Tapi pernahkan kita terfikir penularan wabak ini adalah petanda kemurkaan atau ujian ataupun teguran dari Allah. Allah sedang menegur sikap manusia yang serakah hinggakan segala sesuatu mahu di makan tanpa memikirkan samada makanan itu boleh di makan atau pun tidak.
Dalam Islam terdapat panduan untuk umatnya dalam hal pemakanan. Terdapat satu garis panduan tentang hal-hal yang boleh di makan dan yang tak boleh dimakan. Yang perlu kita ingat apa sahaja penyakit yang melanda adalah petanda dunia semakin di penghujung.

APA ITU VIRUS CORONA?

Coronavirus (CoV) adalah dari kumpulan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit sperti selesma malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan penyakit yang melibatkan masalah pernafasan seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Gejalah awal bagi penyakit ini adalah demam dan sesak nafasu-paru hinggalah menyebabkan keradangan par. Namun ada juga kes pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda demam. Manakala Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada virus spesis baru yang tidak pernah ditemui oleh manusia. Novel Coronavirus di China adalah tidak sama dengan virus influenza di Malaysia namun begitu langkah pencegahannya kedua-dua penyakit ini adalah hampir sama.
Virus corona ni telah pun menjangkiti lebih dari 31,539 di seluruh dunia yang melibatkan lebih 700 kematian. Namun begitu rekod juga 1782 pesakit bverjaya di pulihkan.

LANGKAH PENCEGAHAN

Walaupun belum ada vaksin bagi mencegah penyakit ini namun ada beberapa langkah pencegahan yang boleh di ambil bagi meminimumkan penularan wabah ini. Antara langkah-langkah yang boleh di ambil ialah
  • Kerap mencuci tangan.
  • Menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin
  • Memasak daging atau telur dengan sempurn sebelum memakannya
  • Elakkan bersentuhan atau jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu yang mempunyai gejalah jangkitan
  • Elakkan pergi ke tempat-tempat yang mempunyai resiko jangkitan.
  • Penggunaan penutup mulut dan hidung jenis 3 lapisan adalah digalakan bagi meminimumkan jangkitan.

GEJALAH JANGKITAN

Secara umumnya gejalah jangkitan corona virus adalah demam, batuk, selesma tekak terasa perit dan susah bernafas. sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah perjalanan ke tempat-tempat beresiko dan mempunyai gejalah-gejalah tersebut hendaklah segera melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan status jangkitannya.

RAWATAN UNTUK JANGKITAN CORONAVIRUS

Setakat ini belum ada rawatan khusus atau vaksin bagi merawat jangkitan. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejalah yang dialami pesakit. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Wabak ini boleh sahaja merupakan satu teguran dari Allah kepada manusia agar kembali lagi kepada fitrah manusia seperti yang digariskan. Namun begitu ada hikmah yang Allah nak sampaikan kepada kita dengan penyebaran wabak ini. Ini juga merupakan ujian kepada kita agar kita kembali lagi kepada Allah dan sentiasa menggantung harap hanya kepada Allah sahaja. Namun begitu kita juga di tuntut untuk berusaha untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bukan hanya dengan berdiam diri sahaja. Harus kita ingat setiap penularan wabak mestia ada puncanya. Disinilah pentingnya kita untuk tahu serba sedikit bagi mengelakkan kita menjadi mangsa penularan wabak ini bukan hanya berserah sahaja tanpa melakukan apa-apa.

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib