Hidup satu perjuangan. Setiap perjuangan haruslah ada cabaran. Allah tidak menguji kita jika kita tidak mampu untuk memikulnya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kemampuan hambanya.

Ramai rakan-rakan seangkatan dengan ku berhenti berniaga dengan alasan tidak dapat berniaga kerana hujan. Malah ada yang cuba mempengaruhi aku untuk turut sama berhenti berniaga. Tapi aku berpegang pada perinsip aku kenapa aku harus mengalah dari terus berjuang mencari rezeki. Allah beri rezeki bukan kerana cuaca. Jika Allah mengkhendaki dikala ribut taufan itulah pelanggan akan berbaris untuk membeli minuman dan juga goreng pisang yang aku jual. Lagi pun hujan itukan satu rahmat.
Sepanjang penglibatan aku sebagai peniaga jalanan aku sudah mengahdapui pelbagai halangan cuaca dari yang paling teruk khingakan kanopi aku terbang di tiup angin hinggalah besi-besi kanopi aku patah kerana hujan lebat. LAgi pun bukan hari-hari hujan mungkin sekarang ni musim hujan selepas ni musim panas lagi maka perniagaan akan kembali rancak. Lagi pun sekarang ni pendapan aku masih ok lagi walau tidak di nafikan ada sedikit penurunan jualan tetapi itu adat dalam berniaga. oleh itu KENAPA HARUS MENGALAH.
kali ini aku ceritakan kisah aku sendiri pula semoga kita semua diberi kekuatan dan semangat kental dalam mengahdapi dugaan hidup... Aminn.



No comments:
Post a Comment