Jika kita menyusuri sirah ibadah korban, maka kita akan mendapati bahawa ibadah korban ini sudah ada sejak zaman nabi Adam lagi. Di mana nak-anak nabi Adam telah di perintahkan untuk berkorban. Bedasarkan wahyu Allah memerintahkan anak-anak Nabi Adam untuk berkurban dan sesiapa yang kurbannya di terima Allah makan dia yang akan di kahwinkan dengan Iqlimia yang berparas cantik.
Kurban Habil dan Qabil
Qabil adalah seorang petani manakadara kembarnya Habil seorang penternak kambing. Ktika perinta untuk berkorbang Qabil telah memilih seikat gandum yang tidak baik dan sudah busuk. Dia tidak peduli tentang keutamaan berkurban kerana sifat tamak dan sombong serta dengki menguasai hatinya. Habil tidak peduli lagi samaada korbannya akan di terim atau tidak manakala HAbil memilih kambingnya yang terbaik dia berkeinginan agar kurbannya di terima oleh Allah SWT. setelah kedua-duanya memperembahkan kurban masing Allah mengirimkan api berwarna putih yang denagn izin Allah membawa kurban habil sebagai tanda bahawa Allah menerima perembahan kurban dari habil dan meninggalkan persembahan kurban dari qabil.
Al-Qurthubi menukil dari Sa’id bin Jubair rahimahullah dan lainnya bahwa kambing itu diangkat ke surga dan hidup di sana hingga diturunkan lagi ke bumi untuk dijadikan tebusan bagi Nabi Ismail ‘alaihissalam ketika hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, Wallahu a’lam.
DAri peistiwa kurban inilah maka berlanjutan lah sehingga membawa peristiwa pembunuhan pertama manusia.
Namun bagi kita ibdah kurban bermula apabila Allah memerintahkan nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail. Kerana kepatuhannya Nabi Ibrahim sanggup untuk mengeorankan anaknya dan nabi ISmail walaupun pada ketika itu masih muda lagi tetapi sudah mempunyai keimanan yang kukuh kepada Allah sehingga ia bersetuju untuk di sembelih. Tujuan Allah memerintahkan nabi Ibrahim untuk menyembelih nabi Ismail bukanlah untuk berlaku kejam tetapi adalah sebagai ujian kepada nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk melihat sejauhmana keimanan mereka kepada Allah. Disebabkan keimanan yang yang tinggi maka Allah mengutus malaikat untuk menukarkan nabi Ismail denagn seekor qibas maka bermulah amalan korban. Tanpa memerintahkan nabi Ibrahim untuk menyembelih nabi Ismail pun Allah sudah mengetahui sejauh mana tahap keimanan mereka tetapi Allah tetap memerintahkan mereka untuk di jadikan tauladan kepada kita dan menjadi kayu pengukur untuk kita menilai sendiri tahap keimanan kita kepada Allah.
Jika untuk bersedekah pun masih berat atau hanya akan bersedekah jika terdapat wartawan yang membuat liputan maka sama-samalah kita bermuhasabah diri dimana nilai keimanan kita sebenarnya. Adakh ibadah koeban yang kita jalankan saban tahun setiap aidiladha semata-mata kerana Allah dengan mengorbankan harta kita yang terbaik atau sekadar sebagai adat yang diwarisi tanpa apa-apa pengajaran dan nilai dalam keimanan kita



Bha besok sediakan memang parang yang tajam...jangan bawa yang tumpul pula atau sudah sedia mau lari dari tarik kerbau di masjid esok..haha
ReplyDeleteko singgah ja d rumah panggil aku kita makan2 buras dulu baru beraksi d masjid
DeleteIndah sungguh pengorbanan Ni kan
ReplyDeletesetiap pengorbanan yg lahir dari hati berlandaskn kerana Allah pasti akan terasa kemanisan dan keindahanya
Delete