Tarbiah Buat Kamu
Riadah
Sekarang dah masuk hari raya ke 4. Tapi rasa macam biasa sahaja. Kemeriahan raya tu dah tidak dirasa seperti sebelum ini. Mungkin faktor usia dah meningkat menjadikan hari raya tu dah macam hari biasa. Ataupun hari raya hanya untuk kanak-kanak saja. Maklumlah dapat peluang kumpul duit raya.
Tahun ni segala-galanya terasa kurang di hari raya. Bunyi mercun kurang, tetamu pun kurang dan yang lebih penting takbir raya pun kurang kedengaran dari masjid dan surau-surau sekitar kawasan ku. Mungkinkah hanya hanya kawasan ku sahaja yang macam ni, atau pun dah merebak keseluruh Malaysia. Di TV pun dah kurang mainkan takbir raya ni. Pendek kata raya tahun ni memang hambar.
Dalam banyak-banyak yang kurang tu ada satu kekurangan yang memeritkan, iaitu kurang DUIT. Ni yang paling masalah. Tahun-tahun sebelum ni aku beniaga di bazar ramadan dan pendapatan memang tidak pernah mengecewakan. Tapi tahun ni adui amat memeritkan. Jika tahun lalu pendapatan aku satu hari paling kurang RM800 tapi tahun ni nak cukupkan RM250 pun payah. Tahun ni paling banya aku boleh dapat RM300 satu hari. Bayangkan betapa merosotnya pendapatan dibazar. Bukan aku saja yang merosot tapi semua rakan-rakan peniaga bazar banyak yang komplen pendapatan hilang hampir 70% berbanding tahun lepas. Malah ada yang hanya mampu bertahan cuma seminggu sahaja lepas tu bungkus tidak mampu pusing modal.
Sebelum ni setiap yang datang ke bazar akan beli 2 atau 3 jenis juadah berbuka puasa tapi sekarang biar datang ramai-ramai yang beli cuma seorang. Berkongsi kan lebih baik daripada membazir.
Dalam berita selalu pula dikatakan ekonomi negara makin membaik tapi kenapa pendapatan kami semakin merosot. Entahlah aku ni tidak arif bab ekonomi negara ni. Kalau jual air balang atau ayam penyet tahulah aku. Apa pun aku harapkan keadaan ni akan makin membaik pada tahun-tahun mendatang.
Mungkinlah inilah antara penyebab hari raya tahun ni tidak meriah sebab zaman sekarang semua perlukan duit walau tetap ada yang akan kata wang bukan segalanya tapi ingat la semuanya perlukan wang. Tq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment